Wednesday, April 17, 2013

Tuan Tanah Is Back!!

Fuhhhh.....bersawang dah weh blog nih. Lama giler tak update. Bukan takde cerita tapi takde masa (owhhh alasan adalah sangat klise). Tapi serius aku adalah sangat sibuk dengan keje. Masa untuk keluarga pun dah sangat terbatas. Nak buat macam mana dah gitu takdirnya. Keje untuk mencari sesuap nasi.

Last post aku was like curahan hati kesedihan yang amat sangat. Nak kata dah fully recovered pun idak juga. Tapi apa hidup harus diteruskan, susah senang itu semua asam garam kehidupan. Kalau nak suka je senang je maka bukanlah kehidupan namanya kan.

Kehidupan keluarga aku macam biasa la...kena adjust sana sini ikut rutin keje aku. Sian anak-anak kejap-kejap dah masuk asrama (umah mertua). Kadang-kadang sampai seminggu ditinggalkan mama depa yang sibuk keliling daerah kerana tugas. Orang selalu kata aku kuat semangat harung sume ni. Jawab aku "do I have a choice?" Noooo. Kena redha je. Manage sume benda sendiri. Bukan senang tapi as time goes by benda tu jadi rutin dan dah biasa pun. Huhu.

Pencapaian keje aku alhamdulillah. Penat lelah aku ke sana sini diiktiraf seadanya. That would be another story in another post complete with the pic sekali. Insyaallah. Hehe.

Project deco juga dah lama sendu je. Tak ada masa nak buat. Dapat clearkan habuk pun dah cukup bagus. Sangat-sangat berharap lepas ni keje luar kurang sikit dan aku ada lebih masa untuk on balik projek deco 'Cinta Shawin' aku. Berangan nak dapat umah secantik rumah-rumah yang ada kat dalam majalah Anjung Seri tu. Huhu.

Ok, till next post. Daaaaaaaaa.......

No comments: