Monday, May 16, 2011

Latest pic of Cinta Shawin

Dah lama sangat entri aku takde gambo. Kamera aku tu dah lama sangat dok terperuk dalam gobok baju jek. Sibuk punya pasal la tu smpai kurang aktibiti bergambo. Untuk kembali menceriakan blog aku yg udah makin suram ni makanye kali ni aku nak upload gambo2 terbaru 'Cinta Shawin' selepas selesai keje2 deco segala. Jenuh jugak la nak adjust sana n sini sebab umah aku pun bukan besar mana pun. Ada la sekangkang kera je. Pun begitu niat murni aku untuk menghias umah bagi sedap mata memandang tetap ku teruskan jugak. Kalo tak dapat sama taraf pun dapat ala2 sipi2 mcm umah2 yg selalu kuar majalah deko tu pun jadi la. Sekurang-kurangnye penat balik keje terubat jua bila melangkah masuk ke umah yang kita sendiri senang ngan susun atur dan deco nye. Ye dak.....nampaknye aku dah mula melalut lagikk.


akhirnye sofa yg aku tempah kt Fella telah selamat smpai ke umah dan beginilah rupanye setelah disusun di ruang tamu umahku yang tak seberapa itu. langsir tu pulak aku tempah je kat nagoya sebab skill menjahit masih belum dapat aku kuasai lagi walo untuk menjahit baju sendiri. hehe.

ruang tamu dari sudut yang lain pulak. wing chair tu mmg dah lama aku idam2kan dan disebabkan kekangan ruang maka nye cukup la satu wing chair saje untuk dipadankan dengan sofa 3 seater + 2 seater aku iteww.

piano ni selain untuk kegunaan anak aku yg dah mula belajar kelas piano ni, ianya juga boleh la dijadikan part of my deco kt sini. atas piano tu aku susun gambo2 family yg sgt nostalgia buat aku. disebelah wing chair itu adalah display cabinet yang aku beli 2nd hand dr kawan. Kabinet ni aku gunakan untuk display segala hiasan koleksi kesayangan aku.

yang ni pulak set jati betawi aku beli 3+1+1 selain untuk mengisi ruang kosong yg menghala ke family area ianya juga boleh le jadi tempat duduk tambahan bila ada buat makan2 atau pun apabila kengkawan dan sedara mara dtg bertandang.

yang ni adalah kegilaan baru aku. mengumpul pinggan mangkuk lama terutama sekali teko2 comel tu. baru je mula kumpul. maka nye idak le banyak sangat lagi. aku letakkan di display cabinet terbuka yang pada asalnye masa aku beli tokei kedai tu kata kabinet ni utk display buku. tapi suka ati aku la kan nak letak buku ke cawan ke pinggan ke. hehe.

yang ni saja nak enterprem gambo family area aku yang baru aku buh langsir sedondon hijau pink. kt sini sebenarnya sume ala2 matching2 dari langsir ke alas meja bulat tu dan jugek alas meja makan sume tema sama. motif....maleh nak pkir beli je satu pattern kain untuk pelbagai guna. ok la tu kan.

Gitu la serba sedikit updates on projek deco ciput aku. Lebih kurang dah setel la cuma ada beberapa minor touch up untuk menyudahkan projek ni. Nanti aku update lagi.