Monday, May 31, 2010

Updates on Cinta Shawin lagi.....

Muahahaha......aku nak cite pasal umah aku lagi. Kome layankan je la. Orang tengah kemaruk ni mcm gitu le. Weekend baru ni....keje2 pemasangan kitchen kabinet telah pun dibuat dengan jayanya. Gumbira tak terkata sebab kabinet island idaman kalbu telah tersergam indah di ruang dapur aku comei aku tu.


sebelum installation.....


selepas installation...


kabinet island yang aku idam-idamkan all this while


side view of the cabinet


pull out drawer yang sangat praktikal untuk storage


akan aku manfaatkan dengan sebaik-baiknya


organizer for sudu n garpu ni kontraktor kasi free

Beside kitchen cabinet, keje-keje pemasangan gril jugak telah dibuat. Mula-mula tengok gril sampai aku agak terkejut sebab bunga dan daun tuh telah dikalerkan oleh kontraktor tersebut. Masa perbincangan aku cakap nak kaler tembaga untuk sume. Last-last dapat kaler purple plak bunga nye. At first aku dah nak suruh tukar balik kaler tu tapi bila tengok balik lama-lama eh eh ok jugak yek kaler mcm gitu. So aku accept je sebab dia serasi ngan kaler umah aku tu.


tingkap bilik anak teruna aku


tingkap dapur


tingkap bilik anak dara


hah yang ni tingkap bilik mak dara


close-up nak kasi tunjuk bunga yang telah dikalerkan itu


aku pilih design yang cukup simple. pening weh nengok katalog nye banyak sangat design


puas hati la dengan hasil nye...


aku plan nak letak high chair kaler merah kat island aku tuh.


next project for dapur nih adalah installation of the hood n hob pulak

Till next updates yea!

Wednesday, May 26, 2010

Hari itu.........

Hari itu.....tanggal 22 Mei 2010 bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar telah berlangsung Istiadat Penganugerahan Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak yang ke-82. Sebenarnya ini adalah sesi ke-4 bagi penganugerahan tahun ini. Dan hari itu jugak adalah tarikh aku dijadualkan untuk menerima penganugerahan pingat 'Ahli Mahkota Perak'.

Sebagai kenangan....aku abadikan gambar2 berikut untuk tatapan.


dengan bangganya tuan punya blog berpakaian Istiadat/No 1 Dress


close up pingat yang telah diterima.......


pengiring tuan punya blog pada majlis tersebut....tidak lain dan tidak bukan adalah suaminya yang tercinta


pengiring telah didapati berposing lebih gah dan hebat dari penerima pingat itu sendiri


dengan ayunya....


pengiring enterprem lagi......dan sebenarnya byk lagi gambar dia tapi tuan punya blog buat keputusan cukup la 3 aje letak kat blog ni.


Shawin.......sama padan kan he he.

Anyway......Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan tahniah kepada semua penerima pingat pada tahun ini.

Tuesday, May 11, 2010

Kerja-kerja in progress di Cinta Shawin

Keje-keje mengecat still in progress. Belum siap lagi....baru satu layer je ni. Aku guna Nippon Spotless sebab anak-anak aku sume ada bakat terpendam menconteng dinding kekonon nak wat mural. He he he....so here goes.


yang ni dinding dapur yang aku tambah sebab nak tutup sikit pandangan terus dari living ke dapur. tiles aku buat up to ceiling height guna cap white horse.


living room....aku pilih kaler ni to complement dengan kaler tiles kat area dining n dapur


yang ni pun living gak


pintu masuk......aku kekalkan je kaler putih. sesuai sesangat aku rasa kaler tu.


yang ni la dinding yang aku tambah tu bila tengok from living. kalo tengok from dapur nampak dinding tiles up to ceiling height.


dining area yang blom abis cat lagik


bilik 'pink' bebudak pompuan


bilik 'grey' for the boys


hah! yang ni bilik tidur aku. pun blum siap. baru 1st layer. feature wall 'red' n yang lain nye 'off white'. konsep agak garang sikit. ha ha ha.

Till next updates ye.

Monday, May 10, 2010

Hujung minggu yang sebok sangaaattttt....

Weekend baru2 ni jadual penuh ngan aktibiti berjumpa n diskus ngan pelbagai kontraktor untuk mambolehkan aku n hubby decide on which contractor and which design yang sesuwai bagi keje2 kitchen cabinet umah baru kita orang. 'Sesuwai' tu bukan saja dengan design saje tapi kena ambik kira kesesuaian bajet nye jugak. Huhuhu.....banyak pakai duit maaaaaa. Lepas ambik kira pelbagai aspek - bajet, kualiti n design....akhirnya aku n hubby decided untuk proceed ngan kontraktor Ah Meng for the KC. Dia ni anak buah aku yang rekomen. Aku suka ngan design dia yang sangat moden n praktikal. Aku pilih design 'I' dan 'Island'......simple saje. Dapur aku pun bukan besar mana tapi tak kira aku nak gak ada island yang bukan saja boleh digunakan untuk keje2 dapur tapi jugak as tempat makan tak formal bagi seorang dua. So kalo bekpes sorang2 bleh la menempek kt island tuh....he he. For aksesori aku tambah gak a few pull out tray yang aku rasa sangat praktikal untuk storage purposes.

Hood n hob pulak makan satu hari suntuk aku n hubby g cari. Hubby tak banyak hal sangat. Dia serah kat aku je. Tapi aku mmg agak fussy sikit huhuhu. So lepas penat survey sana sini aku decided on brand Rinnai. Aku beli yang jenis chimney hood. Sangat praktikal since aku pun tak mengamalkan wet n dry kitchen. Cuma satu kitchen saja n since kitchen aku letakknye di tengah2 umah just next to my living so I go for this type yang tinggi suction power. Hob nye aku suka sebab ada auto cut off....sangat bagus untuk safety.

Meanwhile keje2 menaikkan dinding tiles kat area antara living ngan dapur dah siap. Puas hati aku dengan keje kontraktor tu. Kemas n teliti. As at now yang belum setel adalah keje2 mengecat interior kat living, dining n master bedroom. Bilik anak2 aku dah siap. Aku tak upload gambar sebab masih belum siap lagi sepenuhnya. Once dah siap, aku tepek gambo kat blog ni ye.

Friday, May 7, 2010

Mama! Teddy bear kat atas Kipas.

Apakah????? Macam mana boleh jadi macam gini??????





Aku pun tak tau. Anak2 punya keje la ni. He he he.

Thursday, May 6, 2010

Updates on Cinta Shawin



as at now....grill dah tempah (aku guna wrought iron for the whole hse....managed to get a good price), keje2 mengecat interior sedang dibuat oleh kontraktor - i used 5 color (beige for living & dining, red n off white for master bedroom, pink for bedroom 2 n grey for bedroom 3). later aku akan upload gambar interior once keje2 mengecat selesai. yesterday the developer has already installed the auto gate motor....tinggal aku nak g ambik remote from their office. design for kitchen cabinet dah final - this weekend aku n hubby akan pegi pilih hood n hob dan pastu nak finalised material for the cabinet.

more pics will be uploaded soon. till next updates yea!

Wednesday, May 5, 2010

Ngantuk tapi nak jugak Megi Goreng!

Sabtu lepas aku ajak hubby g lepak kat kedai mamak sebab tetiba je macam lapor tengah2 malam time tgk tv tu. Budak2 dah tido except for kcik n along. Tanya dua2 nye nak ikut sekali so aku n hubby pun bawak lah depa. Aku terpikir gak....kakcik ni tak ngantuk ke kalo ikut. Biasanye time ni dah tido. Tapi bila tengok dia excited nak pegi aku n hubby tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia.

Aku n hubby share roti naan n tandoori. Along n kakcik both nak maggi goreng. Air pulak mcm biasa la hubby n aku suka teh 3 layer kat situ.


muka ngantuk kakcik. walopun ngantuk gigih nak abiskan megi goreng nya itewwww.


maintain sungguh budak kecik ni.


abis la 3 suap dia makan. pastu dia dah give up sebab beberapa kali tersengguk-sengguk tetido. last2 dia cakap 'abah, kakcik tak larat makan. abah amik la mee kakcik ni'....hahaha.


tu dia. kita orang dok syok2 layan makan dia pulak layan tido. akhirnya aku kena bawak dia masuk keta dulu sebab kesian tengok dia dah tido kat atas kerusi mamak tu je. sian kakcik...tu la lain kali nak ikut lagi tak?????

Tuesday, May 4, 2010

Bday SHAWIN!

Sebenarnya ini cite lama tapi disebabkan charger bateri n kabel kamera aku hilang tak dapat dikesan so tak dpt le aku nak upload gambar2 ni kat blog. Setelah jenuh menggeledah segenap pelusuk umah aku, akhirnya misteri kehilangan charger n kabel tu dapat la dapat diselesaikan. Kabel jumpa dalam beg anak2 aku buat main 'cikgu2' pastu charger plak kat dalam luggage aku. ha ha ha.

Anyway.....for memory keeping ari ni aku upload gambo masa aku n hubby celebrate bday sesama bulan Februari ari tu. Bday kami selang beberapa hari je (hubby 1st Feb n aku plak 4th feb) so aku n hubby memang boleh sesangat celebrate together. So here goes...........


the bday cake.....


masa ni anak tolong snap photo. mak pak sibuk nak bergambo la konon. he he he.


tengok la hubby aku mula dah wat perangai. apa intention nya aku pun tatau. sudah la bang....jangan ngada2.