Sunday, November 28, 2010

Keje ku di luar lagikkk!

I'm off to Kuching for keje luar. Agak lama jugak sbb ada annual meeting kt sana. Will updates later. Daaa!!!

Thursday, November 25, 2010

My 'English Cottage' Project

Ingat lg tak ari tu aku cite pasal projek nih yg mana last weekend aku dh g KK Home Decor beli materials nya. Ari ni aku nak upload gambo projek aku ni. Tapi blom siap sepenuhnya. Masih perlu di tambah baik lagi. Aku tak nak kalut2, biar slow2 g cari material so mencapai tahap kepuasan hati yg maksima. Cewahhhh....dah! dah! berenti ko ngarot di sini. Hehe, so enjoy the pics ya!

my cozy 'english cottage corner' yg aku 'create' kt family area ari tu. kt sini tempat feveret my son n hubby kalo nak main PS2 depa. mungkin sbb sini ada 'direct access' to dapur 'mom's kitchen' aku tu kot. senang nak carik jajan utk dikunyah sambil main game. ruang menonton aku sediakan kt tempat lain.

hah ni la console table yg aku beli ari tu. kt situ aku letak bunga, cookies jar (yg aku letak stok jajan utk peminat setia PS2 itewww) dan jugak rehal dan senaskah Al-Quran. bakul kt bawah tu utk simpan magazine n collection buku Lat feveret aku. kusyen merah tu la jd tempat depa melenjan depan game tu n bangku rotan comei tu hak eksklusif my baby aril. kalo makan sure nak bangku tuh.

yg ni pulak bench aku beli sekali ngan console table tuh. buat tambahan tempat lepak nyembang2. kt blakang tu la sliding yg menghala ke courtyard aku. yg tu next project la...landscaping kt courtyard area.

saja nak tunjuk tempat tisu aku yg tema english gak la kononnya. hahahaha!!!!

tu la saja for the 1st batch. lepas ni akan menyusul lg updates project nih. hubby aku dok perli je aku skg ni. 'set pinggan mangkuk tak nak beli yg 'english2' jugak ke??? baru la matching ngan corner tu. hissshhhh!!!!! dusyummmm tumbuk kang abang!

Wednesday, November 24, 2010

Skinfood!

Baru-baru ni masa g jenjalan kt Kinta City aku tergerak nak menjenguk ke kedai nih. Mcm menarik pulak. Dan seperti biasa aku pon 'tertarik' nak try barangan depa. For a start, aku beli sugar candy blusher, moist rouge lipstik (kaler sgt cantek n natural) n honey lip balm. Dah start pkai pon dan aku sgt suka. Blusher tu buat muka aku naturally glowing n tak obvious sgt mcm pkai blusher biasa. Lipstik tu pon buat bibir kita tak nampak pale sgt walopun kalernye sgt natural. And as for the lip balm, ianya sgt wallah!!! hehehe.

Tuesday, November 23, 2010

I'm back!!

After 5 days of cuti plus 1 day of medical leave @ MC ari ni aku dh back to my daily routine.....keje keje keje. MC kenapa?? sgt tak best tawww. bibir ku mem'besar' dan transform menjadi bibir ala-ala angelina jolie la pulak. Doc kata most prob sebab food. Tapi pelik gak sebab aku mkn mcm biasa je. Ntah la.....after this kena lebih berhati-hati la yek. Updates as ari ni....bibir dah kurang skit la 'seksinye' tuh. Relief sgt sbb nak kuar pon mcm segan jek. Sakit plak tuh.

Apa aku buat masa cuti???

Malam raya korban tu mcm biasa la aku bz sgt2 prepare lauk raya very the last minute sbb ari tu aku still keje. Aku rebus nasi impit pastu buat kuah kacang je. Sbg tambahan aku bakar kek butter. Kira ok la tuh kan. Yg penting bgn pg raya my hubby n kiddos ada la juadah nak dimakan. Lemang mak mertua aku bagi sekali ngan rendang....so enjoy la makan raya tu. Aku tak g mana2 pon...lepak umah mertua jek. Penat weh maleh nak g memana.

Khamis n Jumaat aku cuti. So rutin mcm biasa la. Masak....layan kiddos....layan bapak kiddos (hikhikhik) n selebihnya makan, tgk tv n FBing. Mengemas gak la apa2 yg patut. Aku tak suka umah selerak sbb nanti otak serabut.

Weekend baru aku keluar. Sbbnya aku nak meneruskan projek 'english cottage corner' aku yg dah lama pending. Gini. aku dh lama berangan nak create 'english cottage corner' kt umah aku. Aku tak nak the whole hse to be 'english' nnti nampak serabut. So tmpat paling sesuai is my family area. Tempat lepak yg menghadap ke courtyard aku tu. So pg tu aku g la KK Home Deco kt Jln Kuala nak cari material sesuai. Dpt la beberapa yg aku suke. Cushion n miniature perhiasan. Lepas tuh balik g pulak kedai perabot nyonya yg aku dh biasa beli brg tu utk sambar satu bangku n console table utk melengkapkan 'corner' aku itu. Balik tu bila brg dah smpai aktibiti aku ada la menyusun atur apa yg patut. Gambar nnti la aku upload. Blom snap lg pon.

Ahad petang my weekend maid dtg utk bersihkan apa yg patut. Weekly routine.....dia akan bersihkan the whole house. Lap habuk, cuci cermin tingkap n pintu, sapu, mpo lantai. cuci bilik air n porch. So far aku puas ati la ngan service n bayaran nya.

Malam mcm biasa aku hantar kiddos masuk asrama @ umah mertua. Kali ni lebih ramai sbb cuti sekolah and all the cousin sisters n brothers pakat nak dok umah opah. So umah opah transformed jadi asrama la nampaknya. Takpe, yg besar2 tolong tengok2 kan adik2 ye.

Well.....itu je la aktibiti aku. Till next post yea. Daaaaa.

Friday, November 19, 2010

Hari ini......

Still on leave. Menyelesaikan personal matters yang lama tertunggak. InsyaAllah hari ni setel sume. And lepas tu daily routine kembali seperti biasa.

Thursday, November 11, 2010

Gambar Kawen 'Shawin"

15 tahun yang lalu......



sangan nostalgia kan........

Tuesday, November 9, 2010

Memory Keeping - My precious....

these are pics of my kiddos masa depa baby lagi. all 5 of them. aku upload for memory keeping. here goes......


muhammad aiman @ along


qamarina asyiqin -@ kak ngah


yasmin sophea @ kak cik (dlm pantang lg masa ni)


najwa amalin @ kak su


airil harith @ adeq

luv them all. they are my precious. every time tengok balik gambar2 nih i will definitely have tears in my eyes. dunno why........mungkin all mothers have the same feeling as i do.

Sunday, November 7, 2010

bila nak g nih????

Tadi dermalogica called again. actually aku dah signed up for facial package quite some time tp dah lama tak g sebab byk beno hal nye. kalo tak silap aku ada 5 session lagi untuk complete that particular package. k, lah next sunday aku kena g jugak. muka pun dah comot nih.

Saturday, November 6, 2010

me @ work

Just nak share dengan korang few pics taken during road safety program dengan various agencies. These are among apa yang aku buat skg di tempat baru nih. Kalau dulu aku rasa macam 'not my cup of tea' tapi sekarang alhamdulillah aku dah mula suka n sayang dengan keje aku nih. Sedang berusaha untuk memantapkan diri. Hehehe. Anyway...I am so glad that I have a good team with me in Perak. Good job guys!!!


during prog kempen keselamatan jalan raya peringkat negeri


pemakaian topi keledar n helmet.....as part of the perasmian


me n part of the team


with Ketua Polis Perak during lawatan pameran


souvenir to Ketua Polis Perak


this was during advocacy kt Lekir. time ni dah dekat nak raya puasa


bwk keta jgn laju2 bang.


our focus mmg to motorist sbb depa are among yg paling byk terlibat dgn kemalangan


advocacy somewhere in Kerian

Till next post yea!! Daaaaa.

Friday, November 5, 2010

Untuk Incik Suami Yg Tersayang.......Muuahhh

betapa engkau menyintai
agungkan aku bagai seorang puteri
selalu kau puja diriku ini
melayang aku tak memijak bumi.

namun terkadang ku rasakan
apakah sikapmu tak berlebihan
aku wanita tak sempurna
bukan sekilaunya batu permata

marilah bersama jalani cinta kita apa adanya
saling mengerti dan sudi menerima
kita manusia biasa
marilah menjaga kesucian cinta rahmat yang kuasa
saling berpadu hati untuk berdua
dalam dakapan mesra

nikmati suka berbagi duka
seiring denganmu aku bahagia
genggam jemari dan berjanji
setia selamanya sampai akhir nanti.

Thursday, November 4, 2010

Memory Keeping......

As per requested by hubby ari ni aku upload gambo2 sentimental value dia nih utk memory keeping......errrr bleh ke kalo mama nak charge sewa kt abg? sbb tumpang blog mama nih??? hehehe larikkkkkkkk!!!!!


zaman sekolah.....hubby aku injured time di baru lps eksiden patah kaki. so yg bertongkat tu dia la.


his buddies....


hubby n lan


balle n wady


hehehe....yg pakai kopiah tu hubby. aku suka gambo nih. very the........hahahaha.

Wednesday, November 3, 2010

It's about time!!!!

Talked it over with hubby.........alhamdulillah managed to get 'green light' from him and now busy browsing the net n talking to people to seek information of what right and what not.

Hope everything will be as per what I have planned earlier. If so....I'll be experiencing a new journey in my life apart of being a wife, a mother n also a career woman.

Excited over this and praying hard that everything will be as plannned. InsyaAllah. As for hubby.....tq sayang for giving me this opportunity. Glad that we gonna do this together!