Tuesday, September 18, 2012

Saya Menangis

Ari ni masuk opis dengan mata bengkak akibat menangis. Malam tadi menangis semahu-mahunya melepaskan rasa sedih yang terbuku dalam hati. Alhamdulillah aku terima semuanya, biar pahit sekalipun aku telan jua. Tapi maaf sekiranya selepas ini aku juga akan mempamerkan sikap yang sama. Jangan salahkan aku. Aku juga ada perasaan kan. 

Wednesday, September 12, 2012

Kecewa

Lama dah pendam benda ni. Simpan je elok-elok dalam hati sebab nak jaga hati-hati yang lain lagi. Tapi lama sangat disimpan pun kekadang tak bagus juga. Boleh bernanah jadi luka yang sangat teruk. Sigh :(

Kekadang rasa depa ni genuine ke plastik sebenarnya? Aku sendiri pun kekadang rasa confused sangat dengan cara depa. Sigh lagi :(

Bila time aku perlukan sokongan dan bantuan depa, they just like vanished tak tau ke mana? Mana depa? Tak tau. 

Disebabkan dah banyak kali sangat jadi macam gitu makanya aku dapat satu kesimpulan yang sangat mudah. They are not there for me. Baik lupakan je, better live my own life. Jangan diharap pada depa coz nanti sendiri yang akan kecewa lagi. Yup betul I am not in their list of priority. Somebody else does. 

Monday, September 10, 2012

Monday Blues Kah?

Hari ni bangun awal pagi dengan semangat sediakan bekal untuk bawak g opis. Bekal yang simple je pun. Choc moist cake yang aku buat malam tadi dan fruits. Sebab pagi dah breakfast kat rumah makanya ingat bawak je la bekal tu untuk makan kat opis. Siap dah masuk bekas n bubuh dalam woven bag lagi. 

Dalam kol 6.50pg gerak ke opis macam biasa. Sampai kat parking lot opis dan dah park keta dan matikan enjin bila toleh nak ambik hbag sume sekali DAMNNNNN. Bekal ku tertinggal ngan jayanya. Ni konpem kat atas island kat dapur nih.

UUUWWWAAAAA hampeh effort bekal ku ari nih.

Friday, September 7, 2012

Adam dan Hawa


Sukaaa sangat tengok drama ni kat Astro Mustika HD sekarang. Dah mula addicted dah tak bleh nak miss satu episod pun. Incik hubby pun aku heret sama nengok drama ni. Kemain dia pun dah pandai sebut 'Cik Ted' dah. Hahaha.

Apa pun memang enjoy tengok drama ni. Sekarang ni balik ofis je aku pastikan sume keje rumah selesai by pukul 9.30 mlm. Sebabnya lepas tu time mama nak tengok Adam dan Hawa. Anak2 sila buat hal memasing ye. Ngeeeee.

Thursday, September 6, 2012

It has been 22 years since.......

Hari ni dah genap 22 tahun dah usia perkenalan kita orang. Bermula daripada 6 September 1989 sampai la sekarang. Sepanjang tempoh itu jugak macam2 cerita suka duka yang telah dicoretkan bersama. Pada mulanya memang agak sukar kerana masih dalam fasa mengenali dan cuba untuk memahami diri masing2 tapi kini aku berasa amat bersyukur dipertemukan dengannya. Dia yang terbaik buat aku.......hanya dia. 

Dan pada hari ini dia juga telah membuat sesuatu yang sangat2 membuatkan aku rasa terharu. Tak sangka effort dia sampai tahap itu.

Thank you abang.

Wednesday, September 5, 2012

English Style Decoration Group

Aku jumpa satu group ni kat FB. Dah join pun group ni. Sangat best dapat join group ni sebab dapat peluang untuk share dengan kengkawan yang sama minat ngan aku iaitu deco english cottage. Banyak sangat gambar2 deco rumah kengkawan yang boleh dijadikan idea-idea baru dalam menata hiasan dalaman rumah. Infact ada beberapa idea yang aku nak cuba buat untuk Cinta Shawin hasil daripada perkongsian maklumat dengan kengkawan kat group ni. Tunggu kumpul modal je dulu. Wahhh jom deco :)

Tuesday, September 4, 2012

Nasi Arab dan Ayam Mandhi

Cuti merdeka ari tu aku try masak nasi arab ngan ayam mandhi. Resepi dapat dari kawan aku Angah Haslina. Ni kira first attempt la buat nasi ni. Sebelum ni kalo teringin nak makan nasi arab ni aku n incik hubby akan berkunjung ke kedai makan yang ada hidangan gini. Harga kalo sekali makan perrgggghhhh boleh tahan mahal. Maka disebabkan faktor itu lah aku cuba memasak hidangan ni. Kalo buat kat rumah lagi puas makan dan kos tak mahal mana pun. Lagipun air tangan isteri dan ibu kan lebih berkat. Ehem ehem.


Gitu le rupa nasi ayam mandhi yang jadi santapan kami sekeluarga masa cuti merdeka hari tu. Nasi arab, ayam mandhi yang dihidangkan bersama salata hara dan sup (sebab ada lebihan stok ayam maka aku perisakan jadi sup). Alhamdulillah diterima baik oleh incik hubby dan anak2ku. Lepaih ni nak try lamb kabsah pulok. Hehe.