Friday, January 29, 2010

Apa kes budak debab ni??????


Tengok dulu ada orang ke tak. Kalo mama nampak bising plak nanti.


Okeh line clear. Mama takde....bibik sibuk tu. He he he.

Adeh....jenuh nye nak panjat nih.

Mama : "Aril!!!!!!!!!! Buat apa tu?????? Turun sekarang."
Aril : "Boring tul la mama ni. Kantoi lagi"

Tu la dia.....lasak betoi skg. Jenuh nak monitor dia sorang.

Thursday, January 28, 2010

Trip to Johor n Melaka

Dalam entry lepas aku ada mention pasal trip opis aku ke Melaka n Johor. Tujuan lawatan ni adalah untuk melihat dan mempelajari perancangan pembangunan yang dilaksanakan di dua negeri ni...Nusajaya di Johor dan pembangunan kawasan pelancongan di Melaka dengan harapan supaya kami boleh mengadaptasikan di dalam perancangan pembangunan untuk Perak pulak. So here are pics of the trip for memory keeping.



ni masa melawat UPEN Johor. Kami dijamu dengan bekpes yang sangat marvellous.....soto dan kuih. sedapppppp.....makan tak hengat punya.


dah sudah makan sesi bersuai kenal dengan warga UPEN Johor


kami sempat melawat Dewan Negeri kat sana. sangat kagum okeh dewannya sangat indah....cantik dan membuatkan mulut kami hampir ternganga mengagumi keindahannya.


pertemuan dua pengarah UPEN....Johor n Perak. bertukar-tukar cenderahati sebagai kenangan.

seterusnya perjalanan diteruskan ke Melaka........



makan seafood di Umbai.....sekali lagi makan tak hengat punya. abis licin sume dish yang disajikan. ha ha ha.


lepas dinner kat Umbai kami naik River Cruise kat Sungai Melaka. sangat fantastic pengalaman nya okeh.



menikmati pemandangan yang penuh warna-warni dengan lampu yang sangat cantik.


kakak n adik......laily n laila kembar kat UPEN.

Friday, January 22, 2010

Ini la keje.......

Pada ketika org lain dah ada ngan family memasing, aku n beberapa org opismate masih berjuang di opis menyiapkan keje. Otak dah letih tapi kena gigih jugak untuk siapkan tugasan ni. Mampukah kami????

Abang.....sori, ma tau abg n anak2 dok tunggu ma balik. Nak buat macam mana. Dah nature keje ma macam ni. Ada masanya masuk opis pagi keje terus sampai pagi esoknye. Hu hu hu.

Manja Mama Demam


My dear Aril demam since Tuesday malam. Merengek je la nak dukung. Tak nak letak langsung. Luckily hubby came back from KL Monday petang. So with hubby around aku tak la rasa riso sangat. Boleh gilir-gilir jaga Aril. We took him to Dr. Badri n was given some antibiotic sebab tonsil dia merah. Alhamdulillah he's getting better now. Dah mula lasak balik. Me felt so relief.

Banyak plan this weekend. Macam-macam nak buat. This week was quite hectic ngan keje opis so I need a good break over the week end. Planning to do some gardening as well......nak buh baja, ubat serangga, tukar pasu dan tanam pokok yang baru beli last Tuesday. My dessert rose @ kemboja cina dah blooming....he he felt so happy. After so long at last it started to bloom already. Can't wait to see the flower. Yea yea.

Anyway....enjoy ur weekend everybody. Till next post yea.

Monday, January 18, 2010

Mode Letih....

Jumaat lepas.....aku ke Johor n Melaka. Bukan tujuan cuti-cuti Malaysia tapi ikut lawatan opis ke sana. Kiranya UPEN Perak bertemu UPEN Johor la. Lepas itu terus ke Melaka melawat SDSI. Sempat la kami naik river cruise dan makan seafood kat Umbai. Gambar-gambar akan di upload later ok. Kita orang sampai Ipoh pukul 10.15 malam tadi.

So ari ni masuk opis dalam mode letih dan kurang dapat menyumbang kepada produktiviti. Adoiii.....letih.

Friday, January 15, 2010

Melayan karenah anak-anak.....

'Mama nak g main ball kat Mary Brown. Jom la Mama.' Dah banyak kali Pia n Najwa dok cakap benda ni. Kesian plak tengok anak2 aku ni. So untuk tidak menghampakan depa petang Ahad aku n hubby bawak la depa ke sana. Seronok tengok depa enjoy main-main kat situ sambil makan-makan.


Mama...cepat amik gambar Kak Cik baring kat ball ni ma.


Kak Cik ngan Juwa pulak.....


Baby Aril takut betoi bila diletakkan dalam bekas berisi bola-bola tu. Menjerit sakan sambil nangis. So Kak Ngah ko pegang la adik tu jgn kasi dia jatuh dalam bola-bola tu kang satu Marry Brown dengar sore dia je.


dua orang budak rambut kerinting dok posing atas slide


Mama...Kak Cik nak amik gambar ngan Mama

Lama gak lepak situ sampai depa letih tak nak main dah. Makan pun dah berkali-kali repeat order.....dah abis order lagi...pastu order lagi...kayo Marry Brown kalo macam nih Tak pe kan Abah.....sekali sekala. Demi anak-anak....he he he.

Thursday, January 14, 2010

Cinta Shawin

It might be just an ordinary house to everybody........might not be as big as any other villa.......but to me n hubby....inilah villa cinta kami. Therefore kami namakannya Cinta Shawin. Scheduled for CF very very soon. Insyaallah after Chinese New Year dapat kunci. Can't wait for that........our little cozy 'Cinta Shawin.'


Wednesday, January 13, 2010

Eh eh....biar betul ni.

Isshhh biar betul. Mama macam tak caya je ni. Along ok ke ni? Biasa tak macam ni pun. Ha ha ha.....for the very first time Along tolong basuhkan keta Mama. Chaiyok chaiyok....lain kali tolong lagi ye Along. Tak payah g car wash la macam ni.







Anyway....thanks Along. Nanti claim belanja makan kat Abah ye. Bleh ye bang.....sian anak tu dah penat-penat cuci keta Mama. He he he.

Tuesday, January 12, 2010

Along's Birthday....26th December

Sebenarnya cite ni dah agak lama tapi baru skg dapat upload kat blog ni sebab terlalu amat sangat sibuk dengan tugas-tugas hakiki sama ada di opis mahu pun di rumah. He he he.......boleh diterimakah alasan ini? Bila lama tak update je mesti sebab sibuk.....konon.....ke ko malas dah ni ha. Isshhhh tak la.....mana ada malas.....aku gigh ni. Betoi aku sibuk. Keje opis.......persiapan bukak sekolah.......cuti-cuti malaysia la......mcm2 benda yang nak disetel.

Tapi skg dah ok......bleh la nak berada dalam mode santai2 skit. Tu yang baru gigih nak update blog ngan cite-cite lama yg terperam dan jugak cite-cite baru.

Birthday anak sulung aku, Aiman was celebrated on the 26th December yang lalu. Majlis yang simple......'makan-makan among family members sahaja'. Here are pics taken for memory keeping.


the bday cake.....the bday boy make it a point to me that he wanted a cake decorated with strawberries....so here u are.


menu is very simple.....fried meehon prepared by bibik


pose entah apa2 by the bday boy


everybody was busy posing except for Baby Aril who was looking at the cake yummyliciously. Najwa dah tido masa ni so no pic of her....sian dia.


Along cutting the bday cake with Kakcik waiting patiently for the right time to grab a piece......but Kak Ngah obviously sangat boring having to wait....he he Kak Ngah Kak Ngah.

All in all the celebration is a moment to be remembered by the bday boy I hope.......Happy Birthday Along.....mama n abah sayang Along. Sorry for the late entry.......should have done this earlier. Mama sibuk sangat. Anyway......stay cool dear n we are proud of u.