Friday, April 23, 2010

Ahli Mahkota Perak

Last entry aku ada cite mengenai satu berita gembira tapi tak nak reveal lagi sebab aku belum dapat surat secara rasmi. Hari ni officially aku dah terima surat itu dan di sini ingin aku kongsi berita gembira itu........sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak yang ke-82 pada tahun ini aku telah terpilih sebagai salah seorang penerima pingat 'Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)'. Syukur alhamdulillah.

Thursday, April 15, 2010

Alhamdulillah.....

Pagi tadi aku diberitahu mengenai satu perkhabaran gembira yang aku tak mahu reveal sepenuhnya lagi sebab aku anggap masih belum rasmi. Apabila sudah rsmi nanti, baru aku akan cite kan di blog ni. Sekiranya benar perkhabaran tersebut, aku rasa amat bersyukur kerana ini bolehlah dianggap satu lagi 'hadiah' untuk aku bagi tahun ini. Alhamdulillah....nampaknya tahun ni murah rezeki aku. Bersyukur pada mu Ya Allah.

Wednesday, April 14, 2010

Hphone Aku

Dua ari lepas hphone aku tetiba kaput..........padam terus dan tak dapat diselamatkan. UUUWWAAAAAA....di tengah2 bulan mcm gini la pulok. Sayang betoi la....aku takde plan nak tukor hphone pun skang ni. Walopun kekadang geram gak tgk orang lain nye especially BB.

Tapi skang nak tak nak aku kena gak la g cari satu. Susah kalo takde hp ni. Dah jadi satu keperluan bukan kemewahan. Semalam dengan tekad semangat waja nye aku g la konon2 nak survey hp baru. Cari punya cari jumpa la ngan yang berkenan di hati. Kaler pink okeh. (Hubby aku sure senyum2 je kalo baca nih. Mama ni tak abis2 pink kaler). Aku beli SE gak since dah biasa ngan model tu. Bukan la latest model tapi features nye sesuwai la ngan jiwa aku. Music phone, camera 3.2 mp dan wifi. So skg aku bleh akses facebook dari tepon je. He he he.