Monday, September 12, 2011

Aidilfitri 2011

Orang lain dah lama update blog memasing ngan cite n gambar raya. Aku gak tertinggal. Baru la ni ada kesempatan nak update. Hehe, takpelah lambat skit asalkan ada gak coretan buat kenangan Aidilfitri 2011 yang lalu. So here goes.....

Seminggu sebelum raya aku memang la sangatttt sibukkkkk. Sejak dok berkhidmat ngan dept nih minggu tu adalah minggu yang sangat kritikal, penuh ngan aktiviti kempen road safety. Takpelah, udah keje aku kan. Setelah belajar dari pengalaman tahun lepas, makanye tahun ni aku awal2 lagi udah menyusun persediaan raya aku lebih awal terutama sekali part2 mengemas rumah tuh. Seminggu sebelum raya aku dah gotong royong ngan hubby n anak2 mengemas n mencuci apa yang patut. Tambahan pulak tahun nih aku plan nak buat je biskut2 raya (melayan request anak2 yg nak sama2 buat biskut raya) so faham2 je lah kalo tak plan betoi2 mau nye terduduk aku nanti.

Alhamdulillah, sume nye berjalan seperti yang aku plan. Dapat gak la buat biskut dahlia, cornflakes crunchy, chocolate chips, cornflakes madu ngan biskut badam. Puas hati la jugak untuk percubaan kali pertama. Seronok pulak, insyaAllah akan diteruskan lagi selepas nih.

A day before raya....aku, hubby n anak2 ke umah mertua tolong depa bakar lemang. Hubby la tolong bakar, aku tolong tengok jek. Hehe, dak la....aku tolong la apa yang patut kat dapur. Siap bakar lemang, baru la balik semula ke rumah untuk keje2 memasak di umah sendiri pulak. Menu aku macam biasa....nasi impit, kuah kacang daging dan rendang ayam. Untuk kek, kali ni aku buat carrot cake. Dah boring ngan coklat je.

Gambar tak bape banyak la aku ambik. Maklum le, sibuk masak, uruskan anak2 dan macam2 lagi. Ini je la gambar yang ada......

ruang tamu di rumah ku yang dihias sederhana untuk Aidilfitri kali ini

nak jugak letak kad raya nan seciput iteww

salah satu ruang di ruang tamu ku (bape byk ruang daa)

pagi raya...bermaafan sesama keluarga

my eldest son...aiman

lima beradik penyeri hidup aku n hubby - airina najmin harith

ehem ehem.....romantiskah di pagi raya. ngeeeeeeeeee

Gitulah cite sambutan raya Aidilfitri 2011 aku. Sambutan yang sederhana saja untuk kami sekeluarga. Tambahan pulak aku baru saja kehilangan ibu tersayang just few weeks before Ramadhan.....maka Aidilfitri kali ini memang agak berbeza rasanya berbanding dengan tahun2 yang lepas. Semoga arwah mak damai di sana. Amin.