Thursday, December 16, 2010

Trip keje to Kuala Perlis

Alhamdulillah ari ni baru rasa ok sikit. Last two days letihhhhh sangatttttt mungkin sebab travel jauh kot. Ari ni aku nak upload pic masa g Kuala Perlis ari tu. Banyak gambar sebenarnya tapi cukup la yang ni je sebab yang lain2 tu gambar buat operasi je.

me n my team masa br smpai Kuala Perlis. Ni tgh nak meronda cari laksa terbaekkk kt sana.


bergambar ngan orang2 JKJR state lain after the operasi


JKJR Perak's team for this Ops Utara

That's about all. Till next post yea. Daaaaa....

Tuesday, December 14, 2010

Penat Sesangat!

Malam td br balik dr keje luar
sampai umah pun dalam kol 11.00 mlm
ari ni masuk opis dengan kepala yang sakit sangat
senyum pun tak nak dah
badan sangat la penat
mood pun tak bape baguih

Hoping for speedy recovery
sebab sgt tak suka condition macam gini.

Friday, December 10, 2010

After so long.....

After so long terpisah, ari tu on Monday 6/12.......


I finally got to meet my dear fren, Anum.

Such a sweet moment.....gelak all the way tak kisah dah all others kat Old Town tuh. Hehe...we should do this more often Anum. It was fun!

Thursday, December 9, 2010

Persediaan 'Back To School' My Kiddos


Rutin ujung tahun....macam biasa....adalah shopping barang2 sekolah anak2 bagi semua ibu bapa. Dan gitulah juga aku n hubby. Seperti biasa untuk mengelakkan last minute shopping yang selalunya akan menjurus kepada 'kehabisan saiz yg sesuai' dan 'pilihan/choice yang terhad' maka last weekend aku n hubby dah pon beli sume kelengkapan sekolah itewww.

Rasa sangat lega sume dah ada walopun agak 'sakit' la poket kita orang. Huhu....tapi takpe la, demi anak2 kan. Dulu mak pak kita berabis untuk sekolahkan kita so skg time kita la pulak berabis untuk anak2.

This year aku n hubby beli 5 pasang uniform for each of them.....along, kak ngah n kak cik. Sebab apa banyak sangat??? Sebab nak suit dengan rutin harian kita orang yg dah takde maid skg ni. Tak nak pening2 n kelam kabut nak sediakan uniform sekolah depa malam2 lagi. Sume boleh buat sekaligus during weekend....basuh n iron. Senang cite. Kasut pun aku sediakan lebih for each of them. Sekarang yang tinggal cuma nak beli buku (which have to wait until end of the year baru kedai buku kat sekolah tu bukak untuk jualan....adoiiii) dan jugak register Juwa for her kindergarden (planned to go for the same kindergarden yang aku hantar kak cik tu).

Apart from that, skg aku dok survey tuition class for along. dah ada a few choices, tinggal nak g tengok n register. Kelas piano kakcik pun dah jumpa (thanks to my fren aishah n gee for the info) and insyaAllah akan g register soonest.

That's about all. Daaaa.

Wednesday, December 8, 2010

I'm back!!!

I'm back! After about 10 days of 'menyepi'. Bukan sebab takde cite baru tapi as u all know from my previous entry ari tu I was in Kuching. Bukan leisure tapi keje. Huhu. Tapi dapat gak la selit2 kan aktibiti leisure kannnnnn. Harussssssss.

Before I go on dan mengarut panjang let me take this opportunity to wish 'Salam Maal Hijrah' to all. Hope we will have a more barakah year ahead. As for me....I hope this year me n my family will be blessed with happiness n health. InsyaAllah.

Okeyyyyy!!! Time to mengarut! And of course cite pasal trip to Kuching la. I went to Kuching together with my Penolong Pengarah, Pn Rahimah. Sebab apa kami ke sana? To attend the MKJR AGM scheduled on the 29th n 30th November ari tu. Our flight to Kuching delayed but lucky us bcoz delayed for about 30 minutes only. My friend punya flight delayed for 4 hours on the same day. Sian dia stranded at KLIA for 4 hours walopun given bfast voucher. Hehe...jenuh member window shopping smpai naik hafal kot area situ.

Sampai sana at about 4.30 pm, we checked in at Riverside Majestic. Rest for a while n went for dinner. Mula2 plan nak rest je kt bilik after dinner tapi sebab dah jumpa geng time dinner tu maka kensel plan dok merap kt bilik. Instead, we went for jalan2 kt water front. Siap naik sampan seberang sungai g test kek lapis. Bukan sikit plak tu...smpai naik kenyang. And guest what....ada kek lapis Lady Gaga. Hehe....betoi2 ikut perkembangan semasa.

On the 29th was the Road Safety Seminar. And pic atas ni was during Q&A session with all the paper presenter. Our Dato' KP was one of the presenter.

Me and my 'JKJR twin sister', Laily. we all mana2 pun together sampaikan our Dato' KP pun perasan. He said "U two are like twin sister, whenever I find one I will definitely find the other". hehe.... Nak tau sebab pe kitaorg ni ala2 twin.....bcoz my name is Laila Mazwin bt Zakaria n dia pulak Nor Laily bt Zakaria. See...Laila Zakaria n Laily Zakaria. hahaha twin la tu.

Lepas seminar abis malam tu we are all invited to attend a dinner hosted by Kerajaan Negeri Sarawak @ Hilton Kuching. Dinner chinese style n diserikan dengan pertunjukan kebudayaan negeri Sarawak. Very interesting indeed.

n as usual....the twin sista during dinner @ Hilton Kuching

during dinner gak....me n pn rahimah.

Esoknye tu sambung balik keje and this time was majlis perasmian sebelah pagi n petang pulak meeting. macam biasa la kalo meeting. one agenda after another dibentangkan. akhir sekali pembentangan usul. Perak brought up six usul n was presented by our Setiausaha MKJR Perak, En Shamsuzaman.

Habis meeting, our geng went across the river again but this time not for kek lapis testing tapi instead for kek lapis shopping. Muahaahahaa....just look at the piles of kek lapis yang we all borong.

tu dia.....beli tak hengat. cane la nak angkut balik nnti.

lepas dah beli kek lapis.....kitaorg makan kt area situ. haha...mee kolok yg dah lama diidam-idamkan. wallaahhh!!!! sedap! after mee kolok balik bilik jap hantar all the kek lapis n freshen up a bit. lepas tu.....jeng jeng jeng. me n the geng went for movie....'ngangkung'. hahaha sempat lagi tu. giler lawak cite ni n we all gelak satu panggung okehhhh. paling tak tahan statement Lan pet pet 'ambik gambar sat bleh??? bukan pe...nak masuk FB" hahaha dusyummmm terkena sebijik kat aku. skit2 snap gambo masuk FB and tag my fren. Didy n I gelak tak hengat masa scene tu. After the movie we went for makan2 lagi. Lepak2 n sembang2 pastu baru balik bilik tidoooo.

The next morning, went to Satok beli terubuk masin. Aku beli 6 ekor. Nak bagi2 kt in laws n simpan sikit for myself. Dari Satok we all terus jalan2 lagi cari souvenir bawak balik. I bought t-shirts for hubby, myself and the kiddos. Beli bracelet for mother in law, sister in law n my daughter. Myself kurang suka pakai benda2 tu. Tapi suka tengok sebab cantik n sweeeeeeet sangat.

And these are my 'hasil borong' hahahaha. Anyway, mission accomplished. Got something for everybody in the house.

Sebelum balik sempat lagi kt lobby hotel. Nurul from PDSA, myself n Pn Rahimah.

So itu je la citenya. Till next post yea. Daaaaaa.

Sunday, November 28, 2010

Keje ku di luar lagikkk!

I'm off to Kuching for keje luar. Agak lama jugak sbb ada annual meeting kt sana. Will updates later. Daaa!!!

Thursday, November 25, 2010

My 'English Cottage' Project

Ingat lg tak ari tu aku cite pasal projek nih yg mana last weekend aku dh g KK Home Decor beli materials nya. Ari ni aku nak upload gambo projek aku ni. Tapi blom siap sepenuhnya. Masih perlu di tambah baik lagi. Aku tak nak kalut2, biar slow2 g cari material so mencapai tahap kepuasan hati yg maksima. Cewahhhh....dah! dah! berenti ko ngarot di sini. Hehe, so enjoy the pics ya!

my cozy 'english cottage corner' yg aku 'create' kt family area ari tu. kt sini tempat feveret my son n hubby kalo nak main PS2 depa. mungkin sbb sini ada 'direct access' to dapur 'mom's kitchen' aku tu kot. senang nak carik jajan utk dikunyah sambil main game. ruang menonton aku sediakan kt tempat lain.

hah ni la console table yg aku beli ari tu. kt situ aku letak bunga, cookies jar (yg aku letak stok jajan utk peminat setia PS2 itewww) dan jugak rehal dan senaskah Al-Quran. bakul kt bawah tu utk simpan magazine n collection buku Lat feveret aku. kusyen merah tu la jd tempat depa melenjan depan game tu n bangku rotan comei tu hak eksklusif my baby aril. kalo makan sure nak bangku tuh.

yg ni pulak bench aku beli sekali ngan console table tuh. buat tambahan tempat lepak nyembang2. kt blakang tu la sliding yg menghala ke courtyard aku. yg tu next project la...landscaping kt courtyard area.

saja nak tunjuk tempat tisu aku yg tema english gak la kononnya. hahahaha!!!!

tu la saja for the 1st batch. lepas ni akan menyusul lg updates project nih. hubby aku dok perli je aku skg ni. 'set pinggan mangkuk tak nak beli yg 'english2' jugak ke??? baru la matching ngan corner tu. hissshhhh!!!!! dusyummmm tumbuk kang abang!

Wednesday, November 24, 2010

Skinfood!

Baru-baru ni masa g jenjalan kt Kinta City aku tergerak nak menjenguk ke kedai nih. Mcm menarik pulak. Dan seperti biasa aku pon 'tertarik' nak try barangan depa. For a start, aku beli sugar candy blusher, moist rouge lipstik (kaler sgt cantek n natural) n honey lip balm. Dah start pkai pon dan aku sgt suka. Blusher tu buat muka aku naturally glowing n tak obvious sgt mcm pkai blusher biasa. Lipstik tu pon buat bibir kita tak nampak pale sgt walopun kalernye sgt natural. And as for the lip balm, ianya sgt wallah!!! hehehe.

Tuesday, November 23, 2010

I'm back!!

After 5 days of cuti plus 1 day of medical leave @ MC ari ni aku dh back to my daily routine.....keje keje keje. MC kenapa?? sgt tak best tawww. bibir ku mem'besar' dan transform menjadi bibir ala-ala angelina jolie la pulak. Doc kata most prob sebab food. Tapi pelik gak sebab aku mkn mcm biasa je. Ntah la.....after this kena lebih berhati-hati la yek. Updates as ari ni....bibir dah kurang skit la 'seksinye' tuh. Relief sgt sbb nak kuar pon mcm segan jek. Sakit plak tuh.

Apa aku buat masa cuti???

Malam raya korban tu mcm biasa la aku bz sgt2 prepare lauk raya very the last minute sbb ari tu aku still keje. Aku rebus nasi impit pastu buat kuah kacang je. Sbg tambahan aku bakar kek butter. Kira ok la tuh kan. Yg penting bgn pg raya my hubby n kiddos ada la juadah nak dimakan. Lemang mak mertua aku bagi sekali ngan rendang....so enjoy la makan raya tu. Aku tak g mana2 pon...lepak umah mertua jek. Penat weh maleh nak g memana.

Khamis n Jumaat aku cuti. So rutin mcm biasa la. Masak....layan kiddos....layan bapak kiddos (hikhikhik) n selebihnya makan, tgk tv n FBing. Mengemas gak la apa2 yg patut. Aku tak suka umah selerak sbb nanti otak serabut.

Weekend baru aku keluar. Sbbnya aku nak meneruskan projek 'english cottage corner' aku yg dah lama pending. Gini. aku dh lama berangan nak create 'english cottage corner' kt umah aku. Aku tak nak the whole hse to be 'english' nnti nampak serabut. So tmpat paling sesuai is my family area. Tempat lepak yg menghadap ke courtyard aku tu. So pg tu aku g la KK Home Deco kt Jln Kuala nak cari material sesuai. Dpt la beberapa yg aku suke. Cushion n miniature perhiasan. Lepas tuh balik g pulak kedai perabot nyonya yg aku dh biasa beli brg tu utk sambar satu bangku n console table utk melengkapkan 'corner' aku itu. Balik tu bila brg dah smpai aktibiti aku ada la menyusun atur apa yg patut. Gambar nnti la aku upload. Blom snap lg pon.

Ahad petang my weekend maid dtg utk bersihkan apa yg patut. Weekly routine.....dia akan bersihkan the whole house. Lap habuk, cuci cermin tingkap n pintu, sapu, mpo lantai. cuci bilik air n porch. So far aku puas ati la ngan service n bayaran nya.

Malam mcm biasa aku hantar kiddos masuk asrama @ umah mertua. Kali ni lebih ramai sbb cuti sekolah and all the cousin sisters n brothers pakat nak dok umah opah. So umah opah transformed jadi asrama la nampaknya. Takpe, yg besar2 tolong tengok2 kan adik2 ye.

Well.....itu je la aktibiti aku. Till next post yea. Daaaaa.

Friday, November 19, 2010

Hari ini......

Still on leave. Menyelesaikan personal matters yang lama tertunggak. InsyaAllah hari ni setel sume. And lepas tu daily routine kembali seperti biasa.

Thursday, November 11, 2010

Gambar Kawen 'Shawin"

15 tahun yang lalu......



sangan nostalgia kan........

Tuesday, November 9, 2010

Memory Keeping - My precious....

these are pics of my kiddos masa depa baby lagi. all 5 of them. aku upload for memory keeping. here goes......


muhammad aiman @ along


qamarina asyiqin -@ kak ngah


yasmin sophea @ kak cik (dlm pantang lg masa ni)


najwa amalin @ kak su


airil harith @ adeq

luv them all. they are my precious. every time tengok balik gambar2 nih i will definitely have tears in my eyes. dunno why........mungkin all mothers have the same feeling as i do.

Sunday, November 7, 2010

bila nak g nih????

Tadi dermalogica called again. actually aku dah signed up for facial package quite some time tp dah lama tak g sebab byk beno hal nye. kalo tak silap aku ada 5 session lagi untuk complete that particular package. k, lah next sunday aku kena g jugak. muka pun dah comot nih.

Saturday, November 6, 2010

me @ work

Just nak share dengan korang few pics taken during road safety program dengan various agencies. These are among apa yang aku buat skg di tempat baru nih. Kalau dulu aku rasa macam 'not my cup of tea' tapi sekarang alhamdulillah aku dah mula suka n sayang dengan keje aku nih. Sedang berusaha untuk memantapkan diri. Hehehe. Anyway...I am so glad that I have a good team with me in Perak. Good job guys!!!


during prog kempen keselamatan jalan raya peringkat negeri


pemakaian topi keledar n helmet.....as part of the perasmian


me n part of the team


with Ketua Polis Perak during lawatan pameran


souvenir to Ketua Polis Perak


this was during advocacy kt Lekir. time ni dah dekat nak raya puasa


bwk keta jgn laju2 bang.


our focus mmg to motorist sbb depa are among yg paling byk terlibat dgn kemalangan


advocacy somewhere in Kerian

Till next post yea!! Daaaaa.

Friday, November 5, 2010

Untuk Incik Suami Yg Tersayang.......Muuahhh

betapa engkau menyintai
agungkan aku bagai seorang puteri
selalu kau puja diriku ini
melayang aku tak memijak bumi.

namun terkadang ku rasakan
apakah sikapmu tak berlebihan
aku wanita tak sempurna
bukan sekilaunya batu permata

marilah bersama jalani cinta kita apa adanya
saling mengerti dan sudi menerima
kita manusia biasa
marilah menjaga kesucian cinta rahmat yang kuasa
saling berpadu hati untuk berdua
dalam dakapan mesra

nikmati suka berbagi duka
seiring denganmu aku bahagia
genggam jemari dan berjanji
setia selamanya sampai akhir nanti.

Thursday, November 4, 2010

Memory Keeping......

As per requested by hubby ari ni aku upload gambo2 sentimental value dia nih utk memory keeping......errrr bleh ke kalo mama nak charge sewa kt abg? sbb tumpang blog mama nih??? hehehe larikkkkkkkk!!!!!


zaman sekolah.....hubby aku injured time di baru lps eksiden patah kaki. so yg bertongkat tu dia la.


his buddies....


hubby n lan


balle n wady


hehehe....yg pakai kopiah tu hubby. aku suka gambo nih. very the........hahahaha.

Wednesday, November 3, 2010

It's about time!!!!

Talked it over with hubby.........alhamdulillah managed to get 'green light' from him and now busy browsing the net n talking to people to seek information of what right and what not.

Hope everything will be as per what I have planned earlier. If so....I'll be experiencing a new journey in my life apart of being a wife, a mother n also a career woman.

Excited over this and praying hard that everything will be as plannned. InsyaAllah. As for hubby.....tq sayang for giving me this opportunity. Glad that we gonna do this together!

Wednesday, October 27, 2010

Bila mood nak mengemas datang....

Biasanye kalo kat umah lepas maghrib tu aku akan dok bergelimpang ngan kiddos tgk aktibiti depa buat homework bagai. Tapi mlm tadi entah nape tetiba jek mood nak ngemas dtg melanda diri ku ini. Maka nye berbekalkan semangat jitu yang ada aku pun menyinsing lengan dan memulakan keje-keje mengemas a.k.a 5SSSSSS kalo ikut bahasa opis skg ni le.

Dan hasilnye....sungguh memuaskan ati aku. Mana taknye.....bersinar2 segala2 nye aku bersihkan. Tapi aku tak tergamak nak letak gambo before n after tau uols. Bukan pe....takut kome pengsan tgk version yg before nye itewwww. kahkahkah.


dapur akak yg dah kemas itewwww. bangga tau tuan punya dapur.


ni nak tunjuk island akak yg dah di5Skan tuh. seblom tuh....adoiiiii cawan bagai penuh situ.


pinggan mangkuk yg dah siap susun. eh susun tu 'S' yg ke bape ek. lupo dah.


kegigihan akak diteruskan dengan keje2 melipat baju. incik somiku sure nangis tgk kegigihan aku ni.


dan of course....tempat lepak ktorg yg dah emmmm wallah. utk makluman korang kt sini lah aku, incik somi n kiddos dok lepak ari2. tv tu specially dedicated utk main game je. tempat menonton ada disediakan kt ruang lain. yg baguihnye konsep gini adalah ruang tamu aku sentiasa kept clean just in case tetamu dtg mengejut. sbbnye takde tv utk depa lepak situ. cuma ada sofa set utk tetamu sajorkkk. jd nye selamat le ruang tamu aku dari ledakan sepah2 yg boleh memeningkan kepala.

K, till next post yea.

Tuesday, October 19, 2010

Quality Time Keluarga Pak Samsol!!!

Quality time is to spend time with our loved ones and paying full attention to that person at hand. Dan dalam kehidupan seharian kita this 'quality time' sangat2 perlu n kritikal untuk mengharmonikan sesebuah hubungan be it hubungan kekeluargaan mahu pun persahabatan. Walopun sekejap tetapi sekiranya ianya dilaksanakan dengan penuh ikhlas maka 'quality time' itu akan jadi sangat2 bermakna bagi kedua-dua pihak.

Okehhhh....abis mukadimah serius a.k.a poyo aku itewwww. Now back to business lak. Hehehehe....last Sunday aku n hubby bawak askar2 kami iteww ke Pdg Polo untuk riadah pagi la kononnya. Mmg sgt happening time pg kat situ. Mcm2 aktiviti ada....senamrobik (mmg sgt best dengan crowd yg sgt ramai n sporting), briskwalking, jogging dan mcm2 lagi la. Since ktorg smpai pun agak lmbat so aku tak join la senamrobik tu. But decided to go for the refelksologi walking kat batu2 refleksologi yg ada kat situ. Bdk2 tu pe lagi...excited nak main kt playground je la.

So here are some pics taken that day.....


mama nak jalan atas batu refleksologi. anak2 ikut enterprem. hehehe


budak kecik ni mmg over excited. sukaaaa sangaaatt sbb dapat lepas berlari sana sini


suh amik gambar dia le tuh


juwa muka boring sbb abah tak nak bwk g playground. sabar dulu wawa. abah nak pijak batu dulu.


along jd tukang jaga beg. suh pijak batu takmo. sakit la mama.


mmg giler sakit kaki tapi nak pijak jugak sbb elok for our health


jom bergambo lagikkkk


my kaki, hubby's kaki n kaki along


dah puas pijak batu bwk aril main kt pdg pulak. time ni la paling seronok tgk dia ketawa berlari2. hubby cakap 'ma, next time dtg kita bwk bola. sure aril lg suka'


along buat pe tuh???


kak cik dah penat nak jalan. wawa pulak nanges sbb jatuh time berlari



gambo lagik before balik

All in all....walopun sekejap je ktorg lepak situ tapi aku n hubby sgt puas hati sbb time well spent with the kids. takde la asik keje, keje, keje je tak kira pg ptg siang mlm. Hubby n me decided that kalo takde hal every Sunday ktorg nak dtg sini. Byk aktiviti yg sihat boleh buat kat sini. Dan yg penting budak2 nih pun happy.

Till next post yea!