Wednesday, October 27, 2010

Bila mood nak mengemas datang....

Biasanye kalo kat umah lepas maghrib tu aku akan dok bergelimpang ngan kiddos tgk aktibiti depa buat homework bagai. Tapi mlm tadi entah nape tetiba jek mood nak ngemas dtg melanda diri ku ini. Maka nye berbekalkan semangat jitu yang ada aku pun menyinsing lengan dan memulakan keje-keje mengemas a.k.a 5SSSSSS kalo ikut bahasa opis skg ni le.

Dan hasilnye....sungguh memuaskan ati aku. Mana taknye.....bersinar2 segala2 nye aku bersihkan. Tapi aku tak tergamak nak letak gambo before n after tau uols. Bukan pe....takut kome pengsan tgk version yg before nye itewwww. kahkahkah.


dapur akak yg dah kemas itewwww. bangga tau tuan punya dapur.


ni nak tunjuk island akak yg dah di5Skan tuh. seblom tuh....adoiiiii cawan bagai penuh situ.


pinggan mangkuk yg dah siap susun. eh susun tu 'S' yg ke bape ek. lupo dah.


kegigihan akak diteruskan dengan keje2 melipat baju. incik somiku sure nangis tgk kegigihan aku ni.


dan of course....tempat lepak ktorg yg dah emmmm wallah. utk makluman korang kt sini lah aku, incik somi n kiddos dok lepak ari2. tv tu specially dedicated utk main game je. tempat menonton ada disediakan kt ruang lain. yg baguihnye konsep gini adalah ruang tamu aku sentiasa kept clean just in case tetamu dtg mengejut. sbbnye takde tv utk depa lepak situ. cuma ada sofa set utk tetamu sajorkkk. jd nye selamat le ruang tamu aku dari ledakan sepah2 yg boleh memeningkan kepala.

K, till next post yea.

Tuesday, October 19, 2010

Quality Time Keluarga Pak Samsol!!!

Quality time is to spend time with our loved ones and paying full attention to that person at hand. Dan dalam kehidupan seharian kita this 'quality time' sangat2 perlu n kritikal untuk mengharmonikan sesebuah hubungan be it hubungan kekeluargaan mahu pun persahabatan. Walopun sekejap tetapi sekiranya ianya dilaksanakan dengan penuh ikhlas maka 'quality time' itu akan jadi sangat2 bermakna bagi kedua-dua pihak.

Okehhhh....abis mukadimah serius a.k.a poyo aku itewwww. Now back to business lak. Hehehehe....last Sunday aku n hubby bawak askar2 kami iteww ke Pdg Polo untuk riadah pagi la kononnya. Mmg sgt happening time pg kat situ. Mcm2 aktiviti ada....senamrobik (mmg sgt best dengan crowd yg sgt ramai n sporting), briskwalking, jogging dan mcm2 lagi la. Since ktorg smpai pun agak lmbat so aku tak join la senamrobik tu. But decided to go for the refelksologi walking kat batu2 refleksologi yg ada kat situ. Bdk2 tu pe lagi...excited nak main kt playground je la.

So here are some pics taken that day.....


mama nak jalan atas batu refleksologi. anak2 ikut enterprem. hehehe


budak kecik ni mmg over excited. sukaaaa sangaaatt sbb dapat lepas berlari sana sini


suh amik gambar dia le tuh


juwa muka boring sbb abah tak nak bwk g playground. sabar dulu wawa. abah nak pijak batu dulu.


along jd tukang jaga beg. suh pijak batu takmo. sakit la mama.


mmg giler sakit kaki tapi nak pijak jugak sbb elok for our health


jom bergambo lagikkkk


my kaki, hubby's kaki n kaki along


dah puas pijak batu bwk aril main kt pdg pulak. time ni la paling seronok tgk dia ketawa berlari2. hubby cakap 'ma, next time dtg kita bwk bola. sure aril lg suka'


along buat pe tuh???


kak cik dah penat nak jalan. wawa pulak nanges sbb jatuh time berlari



gambo lagik before balik

All in all....walopun sekejap je ktorg lepak situ tapi aku n hubby sgt puas hati sbb time well spent with the kids. takde la asik keje, keje, keje je tak kira pg ptg siang mlm. Hubby n me decided that kalo takde hal every Sunday ktorg nak dtg sini. Byk aktiviti yg sihat boleh buat kat sini. Dan yg penting budak2 nih pun happy.

Till next post yea!

Friday, October 15, 2010

Semoga Hafiz kuat ya Sayang........

Lunch break tadi aku ke umah kawan aku nak jenguk dia yg skg ni sedang dlm tempoh berpantang melahirkan anak ke-5 nya. Dah lebih sebulan dah. Cumanye baby dia still kat ICU due to some complications. Sian dia. Dari 1st day bersalin sampai la skg baby dia still dalam ICU lagik. Infact tadi dia bgtau doktor cuma bg 50-50 je harapan pada dia.

We had a long talk just now. Mother to mother conversation. I know it is not easy for her. Apa yang aku boleh buat adalah memberikan dia sedikit kata-kata semangat untuk dia tabah menghadapi ujian ini. Aku tengok dia pun ok dah compared dengan masa mula-mula bersalin ari tu. Nampaknya dia dah mula gain kekuatan untuk berdepan ngan sume ni. Aku jadi kagum dengan semangat dia. Bukan mudah untuk jadi begitu.

Dear friend.....stay strong ye. Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Hafiz. Baby Hafiz....baby kena kuat ye sayang.........

Wednesday, October 13, 2010

To do!!!!

Without fail!!!!!!!

Haha.....ni ingatan utk diri aku sendirik. Dari minggu lepaih nak buat tapi tak buat-buat pun. So minggu ni AKU KENA BUAT JUGAK. So here goes:

1. buh baja kat pokok2 bunga aku tuh. Dah lebih dr 1 mth since last aku buh baja.
2. kemas laman umah - yg nih mcm kena outsource to hubby je. tak larat aku.
3. susun sume baju yg dah siap lipat tapi still dok dlm bakul tuh. Sian effort anak dara aku melipat baju tapi maknye bior je dlm bakul tak susun2 lagik dlm drawer n almari.
4. '5 s' kan kabinet dapur aku. ari tuh aku tgk ada a few brg yg aku tak mo guna dah tp masih elok. nak pass to my mother in law la. kitchen dia sangat besar n brg2 tu pun masih elok utk digunakan lagi.
5. g facial.......dah byk kali dermalogica kol tp aku terpaksa kensel appointment due to kena keje or ada prog lain (open hse banyak ma before this)
6. g urut.......badan aku sakit2 je. lama tak urut n sauna.
7. quality time with hubby n kids - g jenjalan somewhere over the weekend. have to plan something. sian depa dah lama sgt aku janji tapi tak tunaikan lagi.

so apa pun...kena bg priority to sume ni. tolak tepi dulu yg lain2.

k, till next post yea. daaaaa.

Wednesday, October 6, 2010

Big Sister Already Eh!!!



so sweet of kak su....tak mkn sorang2 je tauuu. siap suapkan adik makan sama. mama so proud of kak su!!!!

Tuesday, October 5, 2010

Iphone 4



My new hp......Iphone 4. Tu pun opis yang belikan. Sedang berjinak2 dan belajar2 dengan gadget baru aku nih. Hehehe.