Saturday, April 20, 2013

Hanya Mampu Mohon Kekuatan DariNya

18 April 2013 - keputusan ujian darah HB Analysis  anak aku Najwa Amalin dah pun diperolehi di Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. Terdiam tak mampu berkata apa-apa ketika mendengar penjelasan dari doktor. Najwa perlu buat ujian sekali lagi untuk pengesahan alpha thalasemia di Hospital Kuala Lumpur kerana ujian darah yang terdahulu menunjukkan cenderung kepada alpha thalasemia. Aku masih keliru dan cuba untuk memahami setiap penjelasan doktor tentang apa itu beta thalasemia, alpha thalasemia dan sebagainya. Lebih mengusutkan fikiran bila doktor juga refer kes ini untuk pakar jantung kerana menurut pemeriksaan awal mungkin salah satu injap jantung Najwa juga bermasalah. Ya Allah mohon kekuatan dariMu untuk menghadapi semua ini.

No comments: