Thursday, August 30, 2012

Aidilfitri 2012

Wohooo baru nak bukak cite pasal raya kauuu. Orang lain dah lama update blog memasing ngan gamboar raya. Hahaha lambat betul aku. Apapun, yang penting ada la gambo raya kat blog aku ni untuk kenangan. Aku tulis blog ni pun bukan apa untuk memory keeping yang mana ianya seolah-olah catatan diary aku sendiri. Jika ada yang sudi membaca dan mengikut updates blog aku ni alhamdulillah.......terima kasih banyak2.

Aidilfitri 2012 bagi famili aku disambut sederhana saja. Juadah raya macam biasa nasi impit dan kuah kacang daging feveret incik hubby mesti ada. Selain itu, ada jugak lemang yang dibakar di rumah mertua aku. Cumanya biskut raya tahun ni semuanya aku sempat beli je memandangkan tugasan pejabat yang terlalu padat menyebabkan weekend pun aku kena keje. Makanya aku takde masa yang terluang untuk membakar walau satu jenis biskut raya. Sighh :( gini la keje aku tak abis-abis. Bila la nak pencen nih. Hehe.

Okkk apa kata kita tengok gambar raya tahun ni pulak. Dah panjang pulak dok membebel. Jommm!!!

My precious 'Aiman, Najwa, Sophea, Aril dan Qamarina' bergambar  selepas sesi bersalaman dan bermaafan di pagi raya di rumah kami. Tahun ni baju kami sedondon kaler 'olive green' dan bagi yang perempuan aku pilih songket untuk kain bagi menambah seri kononnya. Cantikkah??? Ok la kan.


Ehem ehem......romantika di pagi raya kah?


abang adik bergambo di pagi raya. along dok buat peace, adik senyum senget je. hehe.


sempat bergambar selepas menziarahi kubur arwah bapak n mak. hubby cakap kome ni kat kubur pun nak bergambor juga. ala buat kenangan apa salahnya abang.


ni pulak ambik peluang bergambar masa di rumah mertua. ini lah dunia aku kesayangan aku.


bersama famili mertua. tapi ini pun tak cukup korum lagi. anak pompuan aku Qamarina takde dalam gambar sebab dia yang tolong snap gambar dan famili kakak sulung hubby jugak takde sebab tahun ni depa raya kat Kolumpo.


Raya kedua kami ke Kg Sitiawan untuk beraya di rumah pak sedara di sana. Dapat la berjumpa dengan saudara mara yang kebetulan datang jugak 'menyerang' rumah Ayah Chu hari tu.


anak-anak aku dan sebahagian daripada anak-anak buah dok gumbira dapat berkumpul dan melepak bersama sepupu2 depa. bukan selalu dapat jumpa pun, sesekali berkumpul gamatlah jadinya.


me n my cousin Hanum. depa kata muka kami serupa. betui ke?


rumah Angah Husin (pak sedara sebelah hubby) di Pengkalan (Station 18) Ipoh


di rumah saudara sebelah hubby di Bota Kiri


di rumah anak buah aku Latip n Ina di Kg Tawas, Ipoh. kat sini dapat makan soto dan kuetiaw goreng panas2 yang sangat superb. yummy!

Itu saja la cerita raya kami :)

No comments: