Tuesday, August 2, 2011

Kisah Berbuka 1 Ramadhan

Semalam tepat jam 5 petang aku tak berlengah dah terus zassss punch out untuk balik umah. Gitu le kalo bulan puasa....aku mmg berkira skit part2 time balik nih. Banyak perkara nak diuruskan di umah untuk persediaan berbuka. Mujurlah aku ni tak keje dan tinggal di bandar2 besar jadi tak perlulah nak berdepan dengan kesesakan jalan yang merimaskan iteww. Jadi walopun keluar ofis pukul 5 masih sempat la nak masak simple2 untuk berbuka.

Jam 6 petang aku start masuk dapur untuk masak apa yang patut. Incik suami time tu dah ngajak anak sulung aku pegi bazaar ramadhan. First day puasa so nak cari kuih spesel skit katanya. Alang-alang dah pegi tu aku sempatlah mintak dia belikan kuih limas @ tepung pelita feveret aku tuh.

Alhamdulillah.....lebih kurang jam 7.15 ptg semlm terhidanglah menu ringkas untuk hari pertama berbuka puasa kami sekeluarga - ayam masak ala kashmir, sup bebola ikan dan ikan masin goreng. Gambar takde untuk ditepek kat blog ni sebab tak sempat nak snap. Nak cepat punya pasal. Plan asal nak buat puding roti untuk dessert tapi tak sempat. So insyaAllah akan dibawak ke hari ke-2 le pulak plan tu.

Incik hubby balik dari bzaar ramadhan dengan tanpa beli apa-apa. Sume kuih setel katanya. Takpe lah......esok2 try pegi lagi :)

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Datang Lagi......

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T. kerana memberi peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan pada tahun ini. Sesungguhnya Ramadhan kali ini agak berbeza dengan tahun2 yang lepas kerana pada tahun ini tiada lagi kehadiran ibu tersayang bersama-sama. Sayu rasa hati bila teringat arwah di tengah2 kemeriahan menyambut kedatangan Ramadhan kali ini. Pun begitu...aku perlu kuatkan hati menghadapi semua ini.

Persiapan Ramadhan........ala kadar ikut kemampuan jek. Dan sangat2 berazam untuk tidak membazir. Ahad semalam dihabiskan dengan sesi mengemas rumah....buang sampah2 kertas yang menimbun, lipat baju yang dah berbakul2 dan mengemas dapur terutama peti sejuk supaya ruang2 yang ada dapat dimanfaatkan dengan sebaik2nya. Maklum la bulan puasa ni kena simpan stok2 supaya mudah nak masak berbuka dan sahur nanti. Aku dari tahun lepas memang agak kurang membeli di mana-mana bazar Ramadhan. Selalunya masak aje lauk-pauk macam biasa kat rumah. Kalau ada membeli pun, ujung minggu dan terhad pada kuih-muih saje. Melayan selera anak-anak...kalau ada yang depa teringin aku n hubby belikan.

Sahur hari pertama.....gulai kari ikan, telur dadar dan ikan masin. Lebihan pisang emas yang dibeli semalam aku buat cekodok. Dapat la sepiring. Tu kira bonus la untuk sahur tadi. Hehe. Kakcik bersemangat bangun sahur tadi...ari ni la first experience dia berpuasa. Nampak berselera dia makan tadi, harap2 dia boleh la puasa penuh ari ni.

Hari ni di pejabat....agak slow skit ari ni. Mungkin sume baru nak warm-up kot. Aku pun takde aktiviti atau meeting kat luar jadi masa akan dihabiskan di ofis untuk setelkan keje2 yang ada. Tapi aku jangkakan bermula minggu ke-2 puasa nanti aku akan start bz dengan kempen2 keselamatan jalan raya kita orang. Kena pastikan mental dan fizikal tip top untuk itu.

Dan dalam masa yang sama aku harap kesihatan aku juga tip top supaya dapat melipatgandakan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini. Itu la fokus aku yang utama sebenarnya. InsyaAllah.

Tuesday, July 19, 2011

Al-Fatihah


Tanggal 10 Julai 2011 jam 9.00 mlm yang lalu.....wanita paling istimewa dalam hidup aku telah kembali ke Rahmatullah. Amat sedih dengan kehilangan ini....pun begitu aku redha dengan ketentuan Yang Esa. Sebagai anak, aku akan terus mendoakan semoga arwah akan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Amin.

Terima kasih kepada semua yang telah mengutuskan ucapan takziah dan juga yang telah datang menziarah. Ingatan semua sangat-sangat kami sekeluarga hargai.

Tuesday, July 5, 2011

Tukar Kaler


Alkisah...selepas berbincang ngan incik hubby, feature wall oren tu akhirnye ditukar ke kaler hijau. Sebabnye, kaler yang terdahulu agak tak sesuai...mungkin terlalu terang sangat kot. So ini la hasilnya setelah dicat semula oleh incik hubby. (serius aku tak paksa incik hubby tapi dia yang willing to repaint. so tiada unsur2 buruh paksaan berlaku. ngeeeeee!)


sementara itu, display cabinet aku telah diberi doily baru yang ditempah dengan kawan fb aku. sangat cantik dengan manik lip lap itu. thanks lina. luv it!

Saturday, July 2, 2011

Jalan-jalan Alor Setar

26hb lepas kami ke Alor Setar sebab aku ada keje kat sana. Alang-alang dah sampai tu makanye terus le berjalan2 sekitar Alor Setar. Incik hubby macam biasa la tempat favourite dia nak pegi adalah tempat2 yang ada kaitan ngan sejarah etc muzium dan lain2.


posing tengah2 panas


masa ni Najwa sentap ngan aku. tu yang protes tak nak bergambo sekali. rela je dok kt tangga buat muka sekupang.





Tu je citenye. Till next post yea!

Sunday, June 26, 2011

Projek terbaru....


ni la dia projek aku n hubby cuti ari jumaat baru2 ni. buat 'feature wall' kat ruang tamu. siap sudah....beginilah hasilnye. tq incik samsol tolong buat benda ni kat isteri awak :)


yang ni pulak projek sampingan. menebuk lubang dan menggantung gambar-gambar famili yang udah lama terperuk dalam almari je. tq to anak-anak buah aku Lop and Jai sebab tolong mama buat benda ni. hehe.

gitulah serba sedikit updates on projek terbaru aku. now I'm off to keje luar daerah. letih! letih!

Friday, June 24, 2011

Cuti ari ni....ada projek besar2an

Yuhuuuuu!!! Ari ni aku cuti. Selain tujuan utk jaga anak, cuti ari ni jugak akan diperuntukkan untuk satu projek deko raya yang hubby plan. Apakah ia???? Tunggu....dah siap nnti aku upload gambar terus.

Till next post yea.