Monday, August 1, 2011

Ramadhan Datang Lagi......

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T. kerana memberi peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan pada tahun ini. Sesungguhnya Ramadhan kali ini agak berbeza dengan tahun2 yang lepas kerana pada tahun ini tiada lagi kehadiran ibu tersayang bersama-sama. Sayu rasa hati bila teringat arwah di tengah2 kemeriahan menyambut kedatangan Ramadhan kali ini. Pun begitu...aku perlu kuatkan hati menghadapi semua ini.

Persiapan Ramadhan........ala kadar ikut kemampuan jek. Dan sangat2 berazam untuk tidak membazir. Ahad semalam dihabiskan dengan sesi mengemas rumah....buang sampah2 kertas yang menimbun, lipat baju yang dah berbakul2 dan mengemas dapur terutama peti sejuk supaya ruang2 yang ada dapat dimanfaatkan dengan sebaik2nya. Maklum la bulan puasa ni kena simpan stok2 supaya mudah nak masak berbuka dan sahur nanti. Aku dari tahun lepas memang agak kurang membeli di mana-mana bazar Ramadhan. Selalunya masak aje lauk-pauk macam biasa kat rumah. Kalau ada membeli pun, ujung minggu dan terhad pada kuih-muih saje. Melayan selera anak-anak...kalau ada yang depa teringin aku n hubby belikan.

Sahur hari pertama.....gulai kari ikan, telur dadar dan ikan masin. Lebihan pisang emas yang dibeli semalam aku buat cekodok. Dapat la sepiring. Tu kira bonus la untuk sahur tadi. Hehe. Kakcik bersemangat bangun sahur tadi...ari ni la first experience dia berpuasa. Nampak berselera dia makan tadi, harap2 dia boleh la puasa penuh ari ni.

Hari ni di pejabat....agak slow skit ari ni. Mungkin sume baru nak warm-up kot. Aku pun takde aktiviti atau meeting kat luar jadi masa akan dihabiskan di ofis untuk setelkan keje2 yang ada. Tapi aku jangkakan bermula minggu ke-2 puasa nanti aku akan start bz dengan kempen2 keselamatan jalan raya kita orang. Kena pastikan mental dan fizikal tip top untuk itu.

Dan dalam masa yang sama aku harap kesihatan aku juga tip top supaya dapat melipatgandakan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini. Itu la fokus aku yang utama sebenarnya. InsyaAllah.

No comments: