Thursday, July 5, 2012

Yuhuuuuu....


yuhuuuu!!!! lamanya tak bersiaran kat dalam blog nih. komitmen keje yang sangat2 mendesak (sehingga aku dah tidak lagi dapat menikmati cuti hujung minggu) adalah antara sebab mengapa tuan punya blog agak menyepi sekarang. tu belum kira keperluan mengatur jadual keje ngan tugas sebagai wifey and mama kat rumah lagi. fuhhh memang la sangat mencabar. setiap hari aku berdoa moga dipemudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan tugas-tugas tersebut.

hehe....sangat rindu nak menulis di sini sebenarnya. ada banyak benda nak diluahkan, dikongsi dan sebagainya. insyaAllah akan cuba memastikan blog ini tidak lagi terus sepi. memang sejak kebelakangan ni jadual keje aku penuh. banyak program yang kena buat. hujung minggu memang selalu takde di rumah je. ada saja program yang kena diatur, dihadiri dan dipantau. letih akakkkk!!! tapi nak buat macam mana kan. udah gitu adat makan gaji cari rezeki. layankan je la. paling kesian yang ditinggalkan kat rumah lah. mereka sangat2 la kena bersabar jugak. mujur orang itu faham akan tugas wifey nya. malahan banyak membantu untuk memudahkan semuanya. tq dear. luv u banyak2.

insyaAllah tak lama lagi Ramadhan menjelma. semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan dapat dimanfaatkan oleh aku sekeluarga sebaik-baiknya. dan sedar tak sedar Ramadhan kali ini adalah Ramadhan ke-2 aku sambut tanpa kehadiran insan yang sangat2 bertakhta di hati ini. sudah hampir setahun sejak pemergiannya. moga mak aman di sana. Amin.

projek deco aku pun agak terbantut sejak menyibukkan diri kebelakangan ni. tapi itu bukan bermakna ianya dah berhenti. azam dan tekad aku nak hiasan rumah secantik dalam majalah feveret aku anjung seri tetap akan diteruskan jugek. itulah cara aku menghilangkan stress keje sebenarnya. hehe. apa2 je la kan.

ok, cukup untuk kali ni. tuan punya blog mengundur diri sekejap. till next post ye. daaaaaa :)


Wednesday, February 1, 2012

Happy birthday to the greatest Dad ever!!


Hari ni 01.02.12.....genap ulangtahun kelahiran yang ke-38 incik suami terchenta! Happy birthday abang! Terima kasih sebab setia menjadi BFF mama walau dalam apa jua keadaan sekali pun, menjadi abah yang terbaik bagi Airina Najmin Harith milik kita dan bersabar menempuh pelbagai dugaan kehidupan bersama. Sentiasa cool walopun bini udah meroyan gabra dek panick attack bila mana berdepan dengan situasi yang meng'stresss'kan jiwa. Mama sayang abang!! Muuuaahhhh!

Monday, January 30, 2012

Ubah lagi!!!!

Apa yang diubah??? Deco Cinta Shawin laa....cuti baru-baru ni tetiba datang angin nak mengubah susun atur deco kt umah tu. Projek deco tak sudah2...ada je idea datang nak ubah sana sini. Walopun letih tapi tetap ku buat jugak sebab dah minat nak buat macam mana kannnn. So kome layan je la gambo2 projek deco Cinta Shawin ni......

cuma area ni je tetap maintain gini sebab piano tu gedabak tak lalu aku nak ngangkat eh. lagipun kalo diubah kedudukan nya kena panggil technician datang buat tuning balik. ongkos lagi tuh. huhu.


inilah ruang tamu @ Cinta Shawin yang dihias tema 'english cottage' kononnya. tapi aku mmg tak berapa minat nak tukar kaler perabot2 aku ke putih. aku lebih suka maintain je perabot2 jati tu kaler asalnya. maleh nak mengecat tu satu hal, selebihnya aku tak confident ngan hasil keje sendiri. nanti tak menjadi putihnya naya aku meraung pulak. so biar le gitu jek. english cottage jugak la kan.


yang ni pun ruang tamu jugak tapi dari angle yang lain. area ni mmg aku dah ubah. dulu aku letak display cabinet ngan betawi 1+1 seater tapi sekarang dah tukar kepada kerusi malas @ lazy chair @ day bed yang aku rembat masa sale fella design baru-baru nih. dah lama mengidam nak kerusi ni tapi tunggu sale baru la mampu kalo dak adoiii jenuh jugak.


yang ni pun sudut baru. aku create sudut ni untuk pamer foto-foto famili untuk memory keeping.


yang ni 'mama's kitchen' @ Cinta Shawin. island ni memang la tempat lepak feveret kaum kerabat yang bertandang. sambil menyembang dan makan. aku tukar high chair yang lama tu kepada design nih sebab kekononnya untuk nampak lebih 'english cottage'. hehe.

yang ni pulak family area @ tv hall @ tempat nyembang sekeluarga yang memang menjadi fokus deco project aku kali ni. aku transformed habis2an area ni. kalau dulu agak kosong je sebab masih mencari-cari idea lagi. so akhirnya jadi lah ia family area yang kecik comei jek sebab keluasannya agak terhad.

inilah hasilnya gabungan set betawi jati 2+1+1, 2 baby sofa fella dan 1 bangku rotan ikea mari. ok la kan.

last but not least adalah 'reading corner' aku yg dah aku tukar kedudukannya ke family area. dihias minimalis seadanya. bahan-bahan bacaan pun dah bertambah dari yang sebelum ni.

so next project is.....'our lil cyber corner' @ cinta shawin. idea ni datang pukul 5 pagi tadi time dok mengemas. hehehehe.

Thursday, January 19, 2012

Fuhh!!! udah bersawang weh!

Lamanya blog ni aku tinggalkan. Bukan takde cite tapi sumenye macam rutin jadi kalau cite pun mungkin tak berapa nak menarik. Harap2 lepas ni aku akan lebih gigih mencoretkan sesuatu di sini supaya blog aku ni tak la sunyi sepi.

2011 - telah banyak mencatatkan memori dalam hidup aku baik yang suka dan ada juga yang duka. Paling aku tak boleh lupa adalah pada tahun 2011 ni la aku telah kehilangan seorang wanita paling istimewa dalam hidup aku iaitu mak aku. Pun begitu aku bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk menghabiskan masa-masa terakhir arwah bersama-sama. Sempat memeluk arwah, mencium arwah dan bersembang2 dengannya walaupun masa tu arwah dah kurang bercakap sekadar mengangguk, menggeleng dan tersenyum dengan apa sahaja yang aku cakapkan. Aku juga sempat menyuap makanan terakhir arwah walaupun sekadar beberapa sudu sahaja yang ditelan beberapa jam sebelum arwah pegi. Dan aku juga sempat mengabadikan foto arwah masa tu dan akan terus aku simpan sebagai kenangan terakhir antara aku dan arwah. Sayang mak sangat-sangat.

Pun begitu, tak dinafikan jugak tahun ni juga ada membawa khabar gembira untuk aku terutama sekali semasa pengumuman keputusan PMR baru-baru ini. Anak aku Along mendapat keputusan yang baik dan boleh dibanggakan. Aku bersyukur sangat-sangat dan semoga kejayaan ini akan terus memberikan lebih banyak kejayaan kepada anak-anak aku di masa hadapan. Hilang penat susah payah bangun seawal 4 pagi tiap2 hari untuk sama-sama duduk dan mengajar apa yang patut pada Along sebelum periksa ari tu sampai aku pun dah naik hafal point2 penting subjek2 PMR ni. Hehe...alhamdulillah.

2012 - kehadirannya disambut dengan harapan semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga keluarga aku akan sentiasa diberkati dan semoga kebahagiaan yang dikecapi sekarang akan terus berpanjangan. Aku bahagia dengan "Shawin Airina Najmin Harith' yang aku miliki ini. Azam???? Hehe, tahun lepas macam tak berapa nak set azam tapi tahun ni aku berazam untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik. Langkah pertama ke arah itu telah pun aku lakukan dan semoga aku berjaya mencapai azam aku yang satu ini.

Ok, till next post.

Friday, November 18, 2011

Bantuan persekolahan anak-anak

Semalam pegi sekolah anak-anak. Dapat bantuan persekolahan anak-anak. Alhamdulillah, boleh guna untuk top up keperluan sekolah depa. Maybe next week dah boleh bawak depa g cari barang2 keperluan 'back to school'. Beli awal skit boleh elak berebut last minute purchase :)

Thursday, November 17, 2011

Sudut Membaca @ Reading Corner

Dah lama aku plan nak wujudkan 'reading corner' kat rumah. Plan asal nak buat mini library untuk anak2 tapi ruang yang ada agak terhad. InsyaAllah ada rezeki lebih bila dapat extend umah boleh la allocate satu ruang untuk tujuan tu. Untuk masa sekarang memadai la dengan sudut bacaan mini ni dulu. For a start untuk menyemai budaya membaca kat orang2 dalam rumah ni. So ini la seadanya 'Our Reading Corner' di Cinta Shawin........

signage ni tempah kt my FB fren.

antara bahan2 bacaan yang ada

koleksi kusyen2 pun ada untuk penyeri

insyaAllah once dah ada tempat display baru untuk pinggan2 kesayangan ni, almari ni aku akan jadikan rak koleksi bahan bacaan

antara majalah-majalan feveret tuan punya blog.

ok dak?? boleh la kan for a start. way forward....mencari bahan2 bacaan yang sesuai untuk ruang ni. till next post! daaaaaaaaaa.

Thursday, November 3, 2011

Mood Cuti

Dah lama blog nih tak update. Tuan tanah tak bape sihat dan kesibukan tugas harian menjadikan tuan tanah tak sempat nak bercerita panjang di sini. Keje luar daerah yang bersusun-susun pun jadi sebab utama.

Ari ni dari pagi sibuk yang amat sangat menyelesaikan keje-keje opis. Hajat hati nak cuti esok untuk persiapan Aidil Adha pula. Tu la tajuk entry pun dah mode cuti kekdahnye. Cuti tak ke mana pun sekadar nak buat sikit persiapan untuk raya haji. Mengemas dan memasak semestinya.

Alhamdulillah, baru-baru ni diberikan berita gembira oleh Nya. Syukur sangat-sangat dengan kurniaan mu ya Allah. Semoga keluarga ini terus dirahmati.

Way forward dari itu, sedang mencari-cari tempat untuk meneruskan pencarian ilmu bagi memantapkan diri bagi perjalanan seterusnya. Semoga dipermudahkan. Amin.

Kepada semua, Selamat Menyambut Aidil Adha.