Thursday, January 19, 2012

Fuhh!!! udah bersawang weh!

Lamanya blog ni aku tinggalkan. Bukan takde cite tapi sumenye macam rutin jadi kalau cite pun mungkin tak berapa nak menarik. Harap2 lepas ni aku akan lebih gigih mencoretkan sesuatu di sini supaya blog aku ni tak la sunyi sepi.

2011 - telah banyak mencatatkan memori dalam hidup aku baik yang suka dan ada juga yang duka. Paling aku tak boleh lupa adalah pada tahun 2011 ni la aku telah kehilangan seorang wanita paling istimewa dalam hidup aku iaitu mak aku. Pun begitu aku bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk menghabiskan masa-masa terakhir arwah bersama-sama. Sempat memeluk arwah, mencium arwah dan bersembang2 dengannya walaupun masa tu arwah dah kurang bercakap sekadar mengangguk, menggeleng dan tersenyum dengan apa sahaja yang aku cakapkan. Aku juga sempat menyuap makanan terakhir arwah walaupun sekadar beberapa sudu sahaja yang ditelan beberapa jam sebelum arwah pegi. Dan aku juga sempat mengabadikan foto arwah masa tu dan akan terus aku simpan sebagai kenangan terakhir antara aku dan arwah. Sayang mak sangat-sangat.

Pun begitu, tak dinafikan jugak tahun ni juga ada membawa khabar gembira untuk aku terutama sekali semasa pengumuman keputusan PMR baru-baru ini. Anak aku Along mendapat keputusan yang baik dan boleh dibanggakan. Aku bersyukur sangat-sangat dan semoga kejayaan ini akan terus memberikan lebih banyak kejayaan kepada anak-anak aku di masa hadapan. Hilang penat susah payah bangun seawal 4 pagi tiap2 hari untuk sama-sama duduk dan mengajar apa yang patut pada Along sebelum periksa ari tu sampai aku pun dah naik hafal point2 penting subjek2 PMR ni. Hehe...alhamdulillah.

2012 - kehadirannya disambut dengan harapan semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga keluarga aku akan sentiasa diberkati dan semoga kebahagiaan yang dikecapi sekarang akan terus berpanjangan. Aku bahagia dengan "Shawin Airina Najmin Harith' yang aku miliki ini. Azam???? Hehe, tahun lepas macam tak berapa nak set azam tapi tahun ni aku berazam untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik. Langkah pertama ke arah itu telah pun aku lakukan dan semoga aku berjaya mencapai azam aku yang satu ini.

Ok, till next post.

No comments: