Monday, August 27, 2012

Deco Raya 2012

Seperti yang telah dijanjikan, ari ni aku tepek gambo Deco Raya 2012 di Cinta Shawin. Mungkin ianya tak semeriah kediaman orang lain tapi memadailah dengan kemampuan ruang dan bajet tuan rumah. Apa pun, inilah minat aku sejak dulu lagi. Aku suka tengok gambar2 deco rumah yang tersusun kemas dan indah. Tak semestinya rumah yang besar dan gah sahaja perlu nampak cantik kerana pada aku menghias rumah yang sederhana dan sempit adalah lebih mencabar kerana perlu bijak menggunakan ruang. So peeps here are Cinta Shawin Makeover for Raya 2012 :)

Ruang tamu ni tidak banyak yang berubah cuma aku tukar susun atur sofa je. Day Bed aku tu aku dah letak berdekatan sliding door dan display cabinet aku yang dulunya aku letak kat ruang ke dapur dah dipindah ke sudut ruang tamu dan fungsinya masih sama iaitu untuk display foto2 keluarga.


Ruang tamu Cinta Shawin dari sudut yang lain pula. Nampak tak pokok kad raya aku tu? Memang betul la pokok kad raya tu la antara yang selalu jadi tumpuan tetamu yang datang beraya. Macam zaman dulu-dulu pulak kata depa. Jambangan bunga kat coffee table memang beli untuk raya tahun ni. Yang lain semua guna apa yang sedia ada je.


Ini juga salah satu sudut di ruang tamu Cinta Shawin yang mana di sudut ini aku display koleksi pinggan mangkuk lama aku yang seciput tu. Ini saja la koleksi yang aku ada sebabnya takde ruang nak display lagi kalau aku menambah koleksi. Rumah aku pun bukannya luas mana pun jadi memadai lah dengan yang ada ni. Rumah kecik kita kena bijak atur ruang kan :)

Ini pulak Sudut Bacaan Famili di Cinta Shawin. Asal dulu kat sini la aku letak display cabinet yang ada famili photo tu. Sekarang dah jadi tempat susun buku-buku dan majalah untuk bacaan kami sekeluarga. Dihias secara minimalis menggunakan apa yang ada sahaja. Aku memang dah train anak-anak aku untuk pastikan buku-buku yang diambil untuk dibaca disusun semula kat display cabinet ni.

Yang ni ruang makan Cinta Shawin yang telah diberi nafas baru dengan menambah chair cover dan alas meja yang aku tempah dari member FB aku. Thanks Sue for this lovely table cloth n chair cover. Nanti bleh tempah set lain pulak ye.

Gitulah seadanya deco rumah aku untuk Raya 2012 ni. InsyaAllah aku akan update dengan beberapa gambar yang lagi kat ruang dapur, family area dan laman rumah. 

Till next post yea!

No comments: