After 5 days of cuti plus 1 day of medical leave @ MC ari ni aku dh back to my daily routine.....keje keje keje. MC kenapa?? sgt tak best tawww. bibir ku mem'besar' dan transform menjadi bibir ala-ala angelina jolie la pulak. Doc kata most prob sebab food. Tapi pelik gak sebab aku mkn mcm biasa je. Ntah la.....after this kena lebih berhati-hati la yek. Updates as ari ni....bibir dah kurang skit la 'seksinye' tuh. Relief sgt sbb nak kuar pon mcm segan jek. Sakit plak tuh.
Apa aku buat masa cuti???
Malam raya korban tu mcm biasa la aku bz sgt2 prepare lauk raya very the last minute sbb ari tu aku still keje. Aku rebus nasi impit pastu buat kuah kacang je. Sbg tambahan aku bakar kek butter. Kira ok la tuh kan. Yg penting bgn pg raya my hubby n kiddos ada la juadah nak dimakan. Lemang mak mertua aku bagi sekali ngan rendang....so enjoy la makan raya tu. Aku tak g mana2 pon...lepak umah mertua jek. Penat weh maleh nak g memana.
Khamis n Jumaat aku cuti. So rutin mcm biasa la. Masak....layan kiddos....layan bapak kiddos (hikhikhik) n selebihnya makan, tgk tv n FBing. Mengemas gak la apa2 yg patut. Aku tak suka umah selerak sbb nanti otak serabut.
Weekend baru aku keluar. Sbbnya aku nak meneruskan projek 'english cottage corner' aku yg dah lama pending. Gini. aku dh lama berangan nak create 'english cottage corner' kt umah aku. Aku tak nak the whole hse to be 'english' nnti nampak serabut. So tmpat paling sesuai is my family area. Tempat lepak yg menghadap ke courtyard aku tu. So pg tu aku g la KK Home Deco kt Jln Kuala nak cari material sesuai. Dpt la beberapa yg aku suke. Cushion n miniature perhiasan. Lepas tuh balik g pulak kedai perabot nyonya yg aku dh biasa beli brg tu utk sambar satu bangku n console table utk melengkapkan 'corner' aku itu. Balik tu bila brg dah smpai aktibiti aku ada la menyusun atur apa yg patut. Gambar nnti la aku upload. Blom snap lg pon.
Ahad petang my weekend maid dtg utk bersihkan apa yg patut. Weekly routine.....dia akan bersihkan the whole house. Lap habuk, cuci cermin tingkap n pintu, sapu, mpo lantai. cuci bilik air n porch. So far aku puas ati la ngan service n bayaran nya.
Malam mcm biasa aku hantar kiddos masuk asrama @ umah mertua. Kali ni lebih ramai sbb cuti sekolah and all the cousin sisters n brothers pakat nak dok umah opah. So umah opah transformed jadi asrama la nampaknya. Takpe, yg besar2 tolong tengok2 kan adik2 ye.
Well.....itu je la aktibiti aku. Till next post yea. Daaaaa.
No comments:
Post a Comment