Wednesday, March 3, 2010

Berterabur

Dah almost sebulan hidup aku sangat tak teratur.....baik dari segi makan, tido dan rutin harian. Sume dah berterabur sana sini.

Aku keje masuk pukul 8 pagi dan mengadap keje sampai la ke lewat malam atau awal pagi kerana ada assignment khas yang perlu dibereskan. Letih.....itu la yang aku n kengkawan aku rasa masa ni.

Rutin hidup aku sangat tunggang langgang. Weekend aku keje.....kadang2 dah macam on call je. With just one phone call aku n kengkawan dah kena lapor diri masuk opis walopun time tu cuti hujung minggu atau pun public holiday.

Akibatnya aku selalu dalam mode letih....ngantuk tak cukup tido......dan stress. Lack of quality time ngan family kadang2 buat aku rasa bersalah dengan depa.

Dalam masa yang sama, muka aku dilanda 'breakouts' yang sangat merunsingkan. Dulu takde masalah plak ngan muka ni tapi tetiba je jadi macam gini. Tak la banyak sangat tapi still obvious la di pandangan mata. Ada member bgtau ini due to stress keje and lack of rest yang aku dok alami sekarang. Atau mungkin jugak sebab facial cleanser yang aku baru guna lately. Dah dua minggu aku tukar facial cleanser aku. Either muka aku baru nak menyesuaikan diri dengan environment baru atau facial cleanser baru tu tak sesuai ngan jenis kulit aku ni. But as at now aku teruskan jugak until maybe end of this month kalo the 'breakouts' tak clear jugak aku akan switch to clinique kot. Recommended by kawan aku....tapi apa pun aku akan survey dulu kat kaunter clinique and tengok apa depa recommend kat aku. Kakak ipa r aku pun pakai gak brand ni dan agak cemerlang la hasilnya. Cuma kena tahan skit la harganya tu.

Dalam tempoh ini, kalao aku tak kena keje weekend makanya aku akan memerap di umah untuk habiskan masa aku tu dgn tido saje. Hu hu....bayo utang tido le tu.

Hopefully our task akan settle dalam next week so that later aku n kengkawan boleh rehat dan menjalani rutin hidup kami yang biasa.

No comments: