Tuesday, July 19, 2011

Al-Fatihah


Tanggal 10 Julai 2011 jam 9.00 mlm yang lalu.....wanita paling istimewa dalam hidup aku telah kembali ke Rahmatullah. Amat sedih dengan kehilangan ini....pun begitu aku redha dengan ketentuan Yang Esa. Sebagai anak, aku akan terus mendoakan semoga arwah akan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Amin.

Terima kasih kepada semua yang telah mengutuskan ucapan takziah dan juga yang telah datang menziarah. Ingatan semua sangat-sangat kami sekeluarga hargai.

Tuesday, July 5, 2011

Tukar Kaler


Alkisah...selepas berbincang ngan incik hubby, feature wall oren tu akhirnye ditukar ke kaler hijau. Sebabnye, kaler yang terdahulu agak tak sesuai...mungkin terlalu terang sangat kot. So ini la hasilnya setelah dicat semula oleh incik hubby. (serius aku tak paksa incik hubby tapi dia yang willing to repaint. so tiada unsur2 buruh paksaan berlaku. ngeeeeee!)


sementara itu, display cabinet aku telah diberi doily baru yang ditempah dengan kawan fb aku. sangat cantik dengan manik lip lap itu. thanks lina. luv it!

Saturday, July 2, 2011

Jalan-jalan Alor Setar

26hb lepas kami ke Alor Setar sebab aku ada keje kat sana. Alang-alang dah sampai tu makanye terus le berjalan2 sekitar Alor Setar. Incik hubby macam biasa la tempat favourite dia nak pegi adalah tempat2 yang ada kaitan ngan sejarah etc muzium dan lain2.


posing tengah2 panas


masa ni Najwa sentap ngan aku. tu yang protes tak nak bergambo sekali. rela je dok kt tangga buat muka sekupang.





Tu je citenye. Till next post yea!

Sunday, June 26, 2011

Projek terbaru....


ni la dia projek aku n hubby cuti ari jumaat baru2 ni. buat 'feature wall' kat ruang tamu. siap sudah....beginilah hasilnye. tq incik samsol tolong buat benda ni kat isteri awak :)


yang ni pulak projek sampingan. menebuk lubang dan menggantung gambar-gambar famili yang udah lama terperuk dalam almari je. tq to anak-anak buah aku Lop and Jai sebab tolong mama buat benda ni. hehe.

gitulah serba sedikit updates on projek terbaru aku. now I'm off to keje luar daerah. letih! letih!

Friday, June 24, 2011

Cuti ari ni....ada projek besar2an

Yuhuuuuu!!! Ari ni aku cuti. Selain tujuan utk jaga anak, cuti ari ni jugak akan diperuntukkan untuk satu projek deko raya yang hubby plan. Apakah ia???? Tunggu....dah siap nnti aku upload gambar terus.

Till next post yea.

Thursday, June 23, 2011

Ngeeeeee...................My baby





Saje nak share gambar my baby Aril yang semakin lasak n keletah. Tapi dalam lasak2 tu dia le yang paling sensitip, cepat sentap nak nangis. Tema 'dalam hati ada taman' dan 'muka legend ati kiut' agak sesuwai le utk describe Aril Harith ni. Hehe.

Wednesday, June 15, 2011

Piano Lesson Untuk Anak2




Alkisah....dulu masa aku kecik teringin sangat nak belajar main piano. G kelas macam kengkawan sekolah aku. Tapi ye la masa tu mana la mak n bapak aku mampu. Bukannye orang senang....so pendamkan je la hasrat tu. Takpe, yang penting sekolah sume lepas. Itu yang penting.

Sekarang.....alhamdulillah dimurahkan rezeki oleh Allah maka dapat la aku hantar anak aku g kelas piano yang aku dok idam2 dari kecik dulu tu. Ok la tu...mak tak merasa, anak dapat merasa dah kira baguih la. Dan dengan rezeki yang ada itu dapat jugak aku beli piano ni untuk depa. Belajar baik2 ye anak2. Untuk korang je sume nih.