Monday, May 16, 2011

Latest pic of Cinta Shawin

Dah lama sangat entri aku takde gambo. Kamera aku tu dah lama sangat dok terperuk dalam gobok baju jek. Sibuk punya pasal la tu smpai kurang aktibiti bergambo. Untuk kembali menceriakan blog aku yg udah makin suram ni makanye kali ni aku nak upload gambo2 terbaru 'Cinta Shawin' selepas selesai keje2 deco segala. Jenuh jugak la nak adjust sana n sini sebab umah aku pun bukan besar mana pun. Ada la sekangkang kera je. Pun begitu niat murni aku untuk menghias umah bagi sedap mata memandang tetap ku teruskan jugak. Kalo tak dapat sama taraf pun dapat ala2 sipi2 mcm umah2 yg selalu kuar majalah deko tu pun jadi la. Sekurang-kurangnye penat balik keje terubat jua bila melangkah masuk ke umah yang kita sendiri senang ngan susun atur dan deco nye. Ye dak.....nampaknye aku dah mula melalut lagikk.


akhirnye sofa yg aku tempah kt Fella telah selamat smpai ke umah dan beginilah rupanye setelah disusun di ruang tamu umahku yang tak seberapa itu. langsir tu pulak aku tempah je kat nagoya sebab skill menjahit masih belum dapat aku kuasai lagi walo untuk menjahit baju sendiri. hehe.

ruang tamu dari sudut yang lain pulak. wing chair tu mmg dah lama aku idam2kan dan disebabkan kekangan ruang maka nye cukup la satu wing chair saje untuk dipadankan dengan sofa 3 seater + 2 seater aku iteww.

piano ni selain untuk kegunaan anak aku yg dah mula belajar kelas piano ni, ianya juga boleh la dijadikan part of my deco kt sini. atas piano tu aku susun gambo2 family yg sgt nostalgia buat aku. disebelah wing chair itu adalah display cabinet yang aku beli 2nd hand dr kawan. Kabinet ni aku gunakan untuk display segala hiasan koleksi kesayangan aku.

yang ni pulak set jati betawi aku beli 3+1+1 selain untuk mengisi ruang kosong yg menghala ke family area ianya juga boleh le jadi tempat duduk tambahan bila ada buat makan2 atau pun apabila kengkawan dan sedara mara dtg bertandang.

yang ni adalah kegilaan baru aku. mengumpul pinggan mangkuk lama terutama sekali teko2 comel tu. baru je mula kumpul. maka nye idak le banyak sangat lagi. aku letakkan di display cabinet terbuka yang pada asalnye masa aku beli tokei kedai tu kata kabinet ni utk display buku. tapi suka ati aku la kan nak letak buku ke cawan ke pinggan ke. hehe.

yang ni saja nak enterprem gambo family area aku yang baru aku buh langsir sedondon hijau pink. kt sini sebenarnya sume ala2 matching2 dari langsir ke alas meja bulat tu dan jugek alas meja makan sume tema sama. motif....maleh nak pkir beli je satu pattern kain untuk pelbagai guna. ok la tu kan.

Gitu la serba sedikit updates on projek deco ciput aku. Lebih kurang dah setel la cuma ada beberapa minor touch up untuk menyudahkan projek ni. Nanti aku update lagi.

Thursday, April 28, 2011

Bersawang penuh!!!!!!!!

Fuhhhhh penuh bersawang blog ku ini. Memang kurang update sebab sangat sibuk ngan keje dan juga sebab emosi yang agak kacau bilau skit. Anyway....nampak sume dah ok so lepas ni harapnye aku akan makin rajin untuk update blog ku ini.....

Minggu ni cuti pjg skit....3 ari pun kira panjang la kan. Kesempatan cuti 3 ari ni aku nak abiskan masa untuk family la mcm biasa. Tu pun ari Sabtu kena gak turun perasmian program. Takpe la....sekejap je. Abis perasmian balikkkk umahhhh.

Plan aku untuk cuti ni......nak bawak budak2 gi petting zoo @ lost world, sambil2 tu bleh depa kebabommm terjun kolam mandi manda. Can't wait to see Aril, Najwa n Kakcik punya reaction tgk rabbit, burung dan sebagainye. Yang paling best budak2 bleh mancing sekali kt petting zoo ni. Good experience for them. Pastu aku nak g spa.....jumpa satu spa ni kat area Ipoh. Nak try buat 'head to toe' nye treatment. Kalau ok...bulan depan bleh g lagikkk.

Selebihnya...masa akan dihabiskan di rumah untuk keje2 gotong royong apa yang patut. Ngeeeeeeeeee!!!!!

Friday, April 15, 2011

Bz...bz...dan bz lagiii.

Minggu ni n minggu depan adalah sangat bz. Jadual penuh n pack giler. Nak dijadikan cite.....Perak jadi tuan rumah for satu sesi bengkel n persidangan pengarah2 negeri. Fuhhhh jenuh weh. Hopefully sume ok. Berjalan seperti yang dirancang. Antara aktiviti santai yang kami dah plan....perlawanan bowling n jom makan durian. Hehehe.

Meanwhile....my new baby dah almost 4 weeks dah. Sukeeee!!!

Friday, April 1, 2011

Major Changes

Satu perubahan besar akan berlaku dalam hidup aku selepas ini. InsyaAllah, starting from this coming Monday, sesuatu yang aku telah tunggu for almost 5 years will actually happen. Untuk itu, aku sangat2 berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik dan aku diberi kekuatan dan rahmat untuk melalui satu lagi fasa baru ini. InsyaAllah.

Friday, March 18, 2011

Berita baik.....

Alhamdulillah syukur sangat-sangat dengan satu berita baik yang baru aku terima. Dimurahkan rezeki aku lagi. Semoga terus dilimpahi rahmat dariNya. Amin.

Makanya.....reason to celebrate. This weekend aku akan g hunting for something BIG to reward myself for this occasion. Apakah ia???? Tunggu...........................................

Wednesday, March 2, 2011

Projek Deco Ciput2

Kali ni aku nah share gambar projek deco ciput kat umah aku yg sedang aku buat skg ni. Aku buat pun sikit2 sebab itu la aku kata projek ni projek ciput2 je. Bila ada masa terluang aku buat (weekend la kalo takde prog opis). Tema deco aku adalah 'english cottage' sebab aku suka tengok hiasan2 yang sweet2 dan comei2 tu. Sedap mata aku memandangnye.

Mula-mula aku punggah keluar sume perabot yang lama and aku agak tak nak guna lagi dh......sofa n a few display cabinet. Sume tu aku hantar ke umah mak mertua aku. Benda2 tu elok dan masih boleh guna tapi sebab aku dah jemu makanya aku keluarkan. Lepas tu aku pun memulakan pencarian sofa baru dari satu kedai ke satu kedai. Jenuh mencari akhirnya aku decide tempah kt Fella Design sebab satunya sofa2 situ memang sangat2 'english'.

Ruang tamu aku yang dah kosong menantikan ketibaan sofa baru yang sekian lama diidam-idamkan. Display kabinet tu aku beli kt kedai perabot kat area umah aku ni je. And 2 seater jati n side table tu beli kat kedai Jati Jepara pun dekat area umah aku gak.

Console table tu aku letak gambo2 famili

Pandangan dari sudut yang lain pulak

Table lamp ni aku beli kat kedai English Country Decor kt Ipoh.

Zoom sikit display cabinet aku. Kat sini aku letak koleksi teko2 lama aku. Sikit je koleksi aku sebab baru nak mula. Pelan2 la carik kan.

Yang ni pulak favourite corner aku. Display cabinet tu aku beli 2nd hand from kawan. Berbaloi sgt sebab kualiti mcm baru je. Dalam kabinet tu aku letak segala hiasan pasu kecik2 koleksi aku. Pastu aku letak kerusi jati dan sedikit bunga yang aku gubah ikut suka ati aku. Siap.

So far baru takat ni je la projek aku nih. Banyak lagi benda nak kena buat. Pelan2 ye. Nanti bila ada perkembangan aku upload gambar lagi.

Ok, till next post yea. Daaaa.

Thursday, February 24, 2011

Pelangi yang indah.......

Semua orang tidak boleh lari dari masalah. Bohong la kalo kita kata kita takde masalah langsung dalam hidup. Cuma cara kita berhadapan dengan situasi itu saja yang berbeza. Sesetengah orang mungkin sukar untuk menyembunyikan masalah yang dihadapinya. Ada sesetengah orang pulak pandai memendam dan menyembunyikan segala masalahnya sehingga tiada siapa pun yang dapat menghidunya. Terpulang la pada diri memasing.

Aku sendiri agak susah untuk berkongsi apa jua bentuk kesedihan @ masalah dengan orang lain. Kalo ada pun mungkin benda2 yang kecik2 aku sedia untuk share ngan orang lain. Selebihnya aku lebih senang untuk simpan dalam hati aku. Sebab itu lah, walopun kekadang zahirnya aku nampak sangat 'happening' penuh dengan gurau senda dan gelak ketawa tapi di dalam hati sebenarnya ada 'gelora' dan 'gundah gelana'. Tatkala dilanda kesedihan yang amat sangat, ingatlah kata2 ini sebagai penguat semangat kita "Kadangkala Allah hilangkan mentari....kemudian DIA datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mentari kita....rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang sangat indah....."

InsyaAllah.........