Wednesday, August 15, 2012

Menjelang Syawal

Adehhh minggu lepas sibuk ya amats aku sampai tak sempat nak menulis di sini. Setiap hari ada program keje di luar daerah. Nak raya dik makanya sibuk la kami ni kempen mengenai road safety di sana sini. Walaupun penat tapi rasa puas hati sebab sekurang-kurangnya usaha kami untuk membudayakan pemanduan berhemah di kalangan pengguna jalan raya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Now, aku nak bercerita sikit mengenai persiapan menjelang Syawal bagi famili aku. Dah tak banyak sangat dah yang perlu dibuat. Syukur aku dah plan buat sikit-sikit semasa cuti hujung minggu. Kalau semua nak buat sekali harung mau nya pitemmm.

Cuti Raya

InsyaAllah akan start bercuti hari Jumaat 17 Ogos sehinggalah 26 Ogos ni. Yeehaaaa. Reason ambik cuti awal walaupun kampung ku adalah tempat di mana aku tinggal sekarang adalah untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga membuat persiapan raya.

Baju Raya

Untuk incik suami n anak2 lelaki sepasang baju melayu sorang je sbb depa ni raya pertama je pakai baju melayu. Hari kedua biasanya dah melaram jeans n tshirt je. Untuk aku n anak2 dara yang 3 orang tu aku sediakan 2 pasang baju sorang. Sepasang kaler olive green (kaler tema sedondon keluarga Pak Samsol tahun ni hokkehh) dan sepasang lagi kaler purple. Yang first batch kaler purple tu dah siap dan dah ambik pun dari tailor turun-temurun aku si Ah Chan tu. Makcik ni walaupun agak mahal harga upah jahit nya tapi puas hati sebab jahitan dia memang terbaik. Ko bagi la pattern apa pun kat dia....confirm siapppp. Canteks lagi. Yang second batch kaler hijau tu ari Sabtu baru siap sebab makcik tu nak siapkan baju customer yang balik kampung jauh dulu. Baju melayu pun aku tempah kat dia jek. Tinggal lagi yang belum adalah kasut anak dara aku no 2 tu. Dia request nak beli kat Parkson Grand. Jumaat ni la baru nak g bawak. Baju2 casual yang lain untuk anak2 dah setel juga. 

Biskut raya

Hehe, tahun ni aku best betul main tunjuk2 je biskut raya siappp! Tahun lepas gigih juge buat macam-macam biskut. Tahun ni agak malas nak merenyah kat dapur buat biskut makanya order saje. Cumanya, untuk tidak menghampakan anak2 aku, ari malam esok aku plan nak buat cornflakes madu je. Sebabnya itu biskut feveret depa dan juga untuk memenuhi permintaan depa nak buat biskut sama2. Anak dara aku cakap 'Ma, kalau tak buat sendiri biskut raya tak meriah lah raya". Ye la, ye la....kita buat la esok.

Deco raya

Part ni yang aku paling teruja. Dah memang minat aku ke situ. Tapi itu tidak bermakna semuanya serba baru. Kita kena berbelanja secara bijak dan berhemah kan. Langsir2 semua aku guna yang lama sebab masih elok lagi. Aku cuma dah cuci dan iron semual pastu gantung balik macam biasa. InsyaAllah tahun depan baru due tukar langsir time raya. Untuk kelainan aku cuma tukar susun atur beberapa perabot kat rumah untuk memberikan nafas baru. Semua dah selesai ditukar susun atur nya, tinggal lagi nak bersihkan habuk2 dan mengelap cermin-cermin tingkap je. Yang tu aku dah suruh weekend helper aku datang ari Jumaat ni untuk buat semua tu. Legaaa. Nanti aku tepek gambar kat blog ni once semua kerja-kerja tu dah selesai.

Juadah raya

Menu wajib pagi raya request dari incik suami of course la nasi impit dan kuah kacang daging. Menu lain yang dok ada dalam planning aku adalah rendang ayam dan rendang tok. Kalau terlebih rajin mungkin nak try nasi minyak n ayam masak merah. Sebijik kek butter sebagai pemanis meja. Cukup la tu kot.

Jalan-jalan Raya

Lepas solat raya, kami akan menziarah kubur arwah mak n bapak aku dulu. Lepas tu ke kubur di kampung sebelah suami. Dan macam biasa lepas tu akan melepak ke rumah mertua aku, pak-pak sedara sebelah suami dan juga ke rumah abang aku. Biasanya di rumah abang aku ni lama sikit sebab kat sini la kemeriahan paling dirasai sebab semua adik-beradik, anak2 sedara dan cucu2 akan berkumpul. Aktivitinya sembamg makan sembang makan dan makan dan makan. Hehe. Raya kedua dan ketiga biasanya  akan berkonvoi ramai2 menerjah rumah sedara mara yang jauh2 pulak. Gitu la plan jenjalan raya saban tahun famili kami.

Kenduri tahlil dan Open House Famili

InsyaAllah pada 26 Ogos nanti kami adik-beradik akan organise majlis tahlil untuk arwah mak n bapak bersekali open house untuk famili kami di rumah abang sulung aku. Untuk majlis tahlil kami tempah ngan caterer je cuma untuk open house tu dibuat secara potluck. aku masih belum decide nak masak apa lagi. Dok pikir2 lagi ni. Semalam anak buah aku cakap, time kenduri tu sume dah decide nak pakai jubah hitam sedondon. Alamak, aku takde jubah hitam. Ermmm shopping lagiiiiii.

Alamak panjang pulak post kali ni. Lepaih ni aku tepek gambar pulak ye. Till next post. Daaaaa.

Wednesday, August 8, 2012

Thank you Yamaha :)

Pagi tadi aku attend Program Keselamatan Penunggang Motosikal bersama Yamaha Motor. Antara pengisian program adalah penukaran helmet, pemeriksaan 15 point motosikal dan taklimat keselamatan penunggang motosikal. Tak disangka2 semua VIP yang dijemput diberi helmet Yamaha sebagai cenderahati. Ngeeeee.....rezeki anak teruna aku la nampaknya helmet ni. Thank you Yamaha :)

Tuesday, August 7, 2012

testing 123

sesaje test sebab baru belajor guna apps untuk update blog guna ipad. uwwaaa orang lain dah lama pandai, aku gak yang merangkak baru nak cuba :)

Tuesday, July 31, 2012

Catatan 11 Ramadhan 1433 Hijrah

Dalam post yang lepas aku ada cerita perihal aku yang tak bape nak sihat. Agak teruk jugak la tahap pancitnya. Baru sekarang ni beransur ok sikit. Slowly tengah dok struggle nak catch up balik apa-apa yang dah delay masa sakit ari tu. InsyaAllah moga dipermudahkan.

Sabtu lepas family aku buat gathering berbuka pose kat rumah abang sulung aku. Berkumpul la kami 3 beradik ngan anak-anak semua. Bila dah berkumpul tentu la meriah dengan pelbagai juadah. Ni la buktinya.......


Tu diaaaa.....macam-macam ada. Nasi minyak, dalca daging, ayam goreng berempah, nasi putih, pecal, kerabu, gulai lemak ikan, udang tumis tempoyak, sambal mangga, bubur caca, kuih limas, roti john dan cucur badak. Yang aku masak cuma roti john ngan udang tempoyak je, lain-lain kakak ipar la. Hehe...sangat best makan ramai-ramai sekali sekala berkumpul. Priceless moment indeed.

Tuesday, July 24, 2012

Pancit la pulak!!

Dalam dua ari ni aku tak bape sihat. Pening2 dan badan menggigil sekejap rasa sejuk sekejap rasa panas. Datang ofis pun tak bape nak menyumbang kepada produktiviti. Agak lembab sebab bila jalan ada sikit pusing2. Emmmm hubby dah bising suruh g jumpa doktor tapi aku dok bagi alasan 'takpe, skit je'. Bukan apa, aku dah bleh agak dah sebabnya. Ni tak lain tak bukan paras hemoglobin turun la ni. Tau dah....almaklum lah pengidap talassemia gitu le. Doktor dah banyak kali pesan aku tak buleh terlebih penat atau stressed, tapi nak buat macam mana kan dah gitu keje aku. Ni pun mungkin sebab dalam sebulan dua ni banyak sangat program keje yang kena buat menyebabkan aku sedikit penat. InsyaAllah bila dapat rehat yang cukup ok la tu. Apapun, dalam masa terdekat ni kena jugak g buat blood test untuk HB Count sebab kalau rendah sangat pesakit talassemia macam aku ni kena la redha masuk darah untuk elak perkara-perkara yang tak diingini. Doakan yang terbaik untuk aku ya.

Oh ya baru je dapat call kejap tadi......weekend ni nampaknya ada program keje lagi. Owwhhhhh :)

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah......syukur padamu ya Allah kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan pada kali ini. Dan semoga kesempatan yang Kau berikan ini akan dapat kami sekeluarga manfaatkan untuk beribadah serta memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan diri.

Persiapan menjelang Ramadhan macam biasa la.....seperti ibu-ibu yang lain pastinya keperluan keluarga akan disediakan sebaik mungkin. Minggu terakhir sebelum menjelangnya Ramadhan aku sangatlah sibuk ngan komitmen keje. Tiga hari famili ditinggalkan sebab ada mesyuarat di luar. Usai mesyuarat ada pulak program keje dua hari berturut2 juga di luar. Sehari sebelum puasa barulah sempat nak membeli keperluan dapur untuk top up mana yang patut sebagai persiapan Ramadhan.

Hari Jumaat malam tu mulalah menyibukkan diri di dapur menyiapkan rendang tok untuk menu bersahur keesokan paginya. Alhamdulillah menu tu diterima baik oleh incik suami n anak-anak malah bertambah-tambah pulak depa makan. Puas hati seorang ibu :)

Hari pertama Ramadhan tu aku dan keluarga berbuka di rumah mertua. Mak n ayah sendiri dah tak ada makanya situ lah tempat nak tumpang bermanja. Aku bawak lauk-pauk mentah dan masak di rumah mak mertua. Menu simple je - rendang ayam, sambal telur, gulai lemak putih labu air dan pucuk ubi, air asam dan bubur cacar sebagai pencuci mulut. Alhamdulillah seronok makan ramai-ramai satu famili.

Hari ke-2 Ramadhan kami berbuka di rumah sendiri je. Menu sangatlah simple, nasi putih, ayam goreng berempah dan sambal belacan. Untuk top up lauk tu, aku n incik suami sempat jugek ke Bazar Ramadhan  membeli kuih muih as per requested by anak-anak.

Oh ya selain daripada itu, seminggu sebelum menjelangnya Ramadhan aku dan incik suami dah siap bergotong royong membersihkan Cinta Shawin. Langsir dah dibasuh, dijemur dan digantung semula, susun atur perabot ada yang dah diubah suai sikit, frame ribbon pun dah dibasuh, koleksi pasu2 kecik n pinggan mangkuk lama dah dibasuh untuk buang habuk dan cat dinding dan di'touch up' oleh incik suami. Phewww penat tapi puas bila tengok hasilnya. Rasionalnya kami berkemas awal adalah untuk mengelakkan keje-keje mengemas last minute supaya apabila menjelangnya hari raya kami cuma perlu setelkan keje-keje seperti menyediakan juadah raya saja. Kalau ada pun keje mengemas cumalah yang ala kadar seperti mengelap habuk2 saja. Cumanya tahun ni aku plan nak hiaskan rumah dengan gantungan kad raya pada ranting pokok seperti mana yang pernah aku buat masa zaman sekolah dulu. Saja suka2 nak bagi new experience pada anak-anak aku. Jarang dah kita tengok orang decorate rumah dengan kad raya sekarang ni...mungkin sebab sekarang ni pun orang dah guna e-card je kot. Hehe. Nanti akan ku uploadkan hasil gantungan kad raya tu kat blog nih. 

InsyaAllah hujung minggu ni kami akan berkemas di halaman rumah pulak. Mana-mana pasu yang dah tak digunakan tu akan di'remove' untuk clear kan laman Cinta Shawin. Aku n incik suami plan nak pasang pelita panjut di laman tahun ni. Nak bagi anak-anak seronok pasang pelita panjut menjelang raya. Owwhhh sangatlah excited dengan macam-macam benda yang dah dirancang ni. Moga Ramadhan dan Syawal pada tahun ini akan lebih bermakna buat kami sekeluarga. 

Errr menu berbuka ari ni apa agaknya ye......hehe.


Tuesday, July 10, 2012

10 Julai 2011

Hari ni 10 Julai 2012.......genap setahun pemergian arwah mak ke Rahmatullah. Rindu sangat-sangat dengan arwah mak. Moga arwah mak tenang di sana. AlFatihah.