Friday, March 18, 2011

Berita baik.....

Alhamdulillah syukur sangat-sangat dengan satu berita baik yang baru aku terima. Dimurahkan rezeki aku lagi. Semoga terus dilimpahi rahmat dariNya. Amin.

Makanya.....reason to celebrate. This weekend aku akan g hunting for something BIG to reward myself for this occasion. Apakah ia???? Tunggu...........................................

Wednesday, March 2, 2011

Projek Deco Ciput2

Kali ni aku nah share gambar projek deco ciput kat umah aku yg sedang aku buat skg ni. Aku buat pun sikit2 sebab itu la aku kata projek ni projek ciput2 je. Bila ada masa terluang aku buat (weekend la kalo takde prog opis). Tema deco aku adalah 'english cottage' sebab aku suka tengok hiasan2 yang sweet2 dan comei2 tu. Sedap mata aku memandangnye.

Mula-mula aku punggah keluar sume perabot yang lama and aku agak tak nak guna lagi dh......sofa n a few display cabinet. Sume tu aku hantar ke umah mak mertua aku. Benda2 tu elok dan masih boleh guna tapi sebab aku dah jemu makanya aku keluarkan. Lepas tu aku pun memulakan pencarian sofa baru dari satu kedai ke satu kedai. Jenuh mencari akhirnya aku decide tempah kt Fella Design sebab satunya sofa2 situ memang sangat2 'english'.

Ruang tamu aku yang dah kosong menantikan ketibaan sofa baru yang sekian lama diidam-idamkan. Display kabinet tu aku beli kt kedai perabot kat area umah aku ni je. And 2 seater jati n side table tu beli kat kedai Jati Jepara pun dekat area umah aku gak.

Console table tu aku letak gambo2 famili

Pandangan dari sudut yang lain pulak

Table lamp ni aku beli kat kedai English Country Decor kt Ipoh.

Zoom sikit display cabinet aku. Kat sini aku letak koleksi teko2 lama aku. Sikit je koleksi aku sebab baru nak mula. Pelan2 la carik kan.

Yang ni pulak favourite corner aku. Display cabinet tu aku beli 2nd hand from kawan. Berbaloi sgt sebab kualiti mcm baru je. Dalam kabinet tu aku letak segala hiasan pasu kecik2 koleksi aku. Pastu aku letak kerusi jati dan sedikit bunga yang aku gubah ikut suka ati aku. Siap.

So far baru takat ni je la projek aku nih. Banyak lagi benda nak kena buat. Pelan2 ye. Nanti bila ada perkembangan aku upload gambar lagi.

Ok, till next post yea. Daaaa.

Thursday, February 24, 2011

Pelangi yang indah.......

Semua orang tidak boleh lari dari masalah. Bohong la kalo kita kata kita takde masalah langsung dalam hidup. Cuma cara kita berhadapan dengan situasi itu saja yang berbeza. Sesetengah orang mungkin sukar untuk menyembunyikan masalah yang dihadapinya. Ada sesetengah orang pulak pandai memendam dan menyembunyikan segala masalahnya sehingga tiada siapa pun yang dapat menghidunya. Terpulang la pada diri memasing.

Aku sendiri agak susah untuk berkongsi apa jua bentuk kesedihan @ masalah dengan orang lain. Kalo ada pun mungkin benda2 yang kecik2 aku sedia untuk share ngan orang lain. Selebihnya aku lebih senang untuk simpan dalam hati aku. Sebab itu lah, walopun kekadang zahirnya aku nampak sangat 'happening' penuh dengan gurau senda dan gelak ketawa tapi di dalam hati sebenarnya ada 'gelora' dan 'gundah gelana'. Tatkala dilanda kesedihan yang amat sangat, ingatlah kata2 ini sebagai penguat semangat kita "Kadangkala Allah hilangkan mentari....kemudian DIA datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mentari kita....rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang sangat indah....."

InsyaAllah.........

Wednesday, February 23, 2011

Sofa of Sofa!

Tengahari tadi dapat call from Fella Design - "Puan, ur sofa set n wing chair dah sampai. Bila kami boleh hantar ke rumah?" Muahaahahahaha......gumbira nye. Kalo ikut hati aku nak suh hantar skg je tapi sabor yek. Bawak bertenang. Time2 mcm gini sape nak nunggu depa datang. Bukan ke kau sibuk ngan keje dan macam2 lagik kak lela oiiii. so lepas tolak campur ambik kira macam2 benda akhirnya aku decide suh depa anto ari Ahad ni je la. Sebabnye Sabtu nak setelkan installation aircond dulu kat ruang tamu itewww. Nanti kalo sofa masuk dulu abih la berhabuk sofa ku itewww. (Mungkinkah ada yang akan tido termimpi-mimpikan sofa barunye itewwww?)Ngeeeeeee.

Tuesday, February 22, 2011

Demam melanda lagik

Mula-mula aku kena.....then lepas sehari Najwa pulak kena. And dua ari lepas baby Aril pulak. Semalam makin teruk sampai muntah-muntah. Sian baby mama. Adoii dugaan sume ni. Harap2 cepatlah berakhir n sume kembali seperti biasa. InsyaAllah.

Monday, February 14, 2011

Coffee @ Kafein

Apa dia????? nescafe tarik kawwww punye. Hehehe. Aku ni sangatlah addicted ngan nescafe. Tak kiah la nescafe ais ke, nescafe 'o' pon bleh dan yang paling best 'nescafe tarik kaw punye'. Kalo satu ari tak dpt nescafe aku jadi mcm mengong2 nak tido keje pun malas. Dah ramai yang membebel kat aku cakap sgt tak elok utk kesihatan. Tapi still jugakkkkkkk aku nak mesti pekena nescafe at least satu mug dalam sehari. Bior aku tak dpt mkn takpe janji nescafe tarik kawwww punya mesti ada. Ngehehehehehe.

Wednesday, February 9, 2011

Bzzzz!!!!!!!

Aduh!!!!! lama sangat dah blog ni aku tinggalkan. Sunyi dan sepi takde update apa pun. Bukan takde bahan nak update tapi ke'bz'an yang melampau menyebabkan aku agak payah nak menulis dan mengarut. Ari ni mcm ok skitttt so bleh la nak update apa yang patut.

Mcm jugak mak2 yang lain bila time sekolah dah bukak mula la sibuk memasing. Sama la kesnya ngan aku ni. Berkejar sana berkejar sini. Starting dari pukul 6.30 pagi 'mom's taxi aku tu dah mula beroperasi....ngantar budak2 ke pelbagai destinasi - sekolah la umah bb sitter la. Hehe. Pastu after office pulak berkejar nak mengambik depa dari sekolah pulak, dari umah bb sitter before balik umah. Malamnye pulak after maghrib another trip ke sama ada kelas ngaji, kelas fardhu ain atau pun pusat tusyen. Gitu le rutinnye setiap ari.

Apa pun aku dah rasa lega skit sebab anak2 aku sume dah setel ngan hal sekolah memasing. Awal2 dulu kelam-kabut skit la nak adjust ngan jadual baru depa yang ketat tu. Ate maklum le udah lama lemak cuti sekolah panjang. Skg dah ok la, dah bleh adjust ngan rutin. Sophea pun dah aku masukkan kelas smartreader 2 kali seminggu. Skg ni pun dia dah start kelas piano nye n nampaknya dia minat gak ngan kelas tu. Mula2 daftar dulu aku agak suspen gak mana la tau dia 'hangat2 taik ayam' je. Naya la mama dia nanti. Agak 'besar' gak pelaburan ke situ. Tengok dia ok n minat aku rasa lega. Next year bleh enrol Najwa pulak for the same class.

Skang ni aku dah ada 'cinta' baru. Tau pe.......hahahaha chenta n minat aku yang terbaru adalah 'english cottage deco' yang sedang aku usahakan sikit2 kt umah aku. Tak la hebat mana tapi boleh la untuk permulaan. Nanti dah siap aku upload la gambo kat blog nih.

Ok.....kena stop dulu. Byk benda nak kena setel. Till next post yea!